Tahu tak... plus minus 1/3 daripada umur kita... lu dan gua wakafkan untuk menuntut ilmu. Ilmu apa dan kemana... itu lu-lu gua-gua punya pasal lah. Kalau macam lu nie... conform tak dapat diselamatkan dah.mmm... ni apasal tak cari pihak ketiga jee... asyik kita je nak bantai...
Sejarah telah membuktikan...chewah !!! Jangan marah ya !!! kata namanya usrah. Jadi sekarang giliran gua pula untuk bersyarah.
Silakan !!!
Pernah tak dengar cerita pasal Dr. Jackle and Mr. Hyde ???
Tak pernah.... Kenapa bro ?
Takda, saje nak buat conversersation ini lebih menarik...chewah.. macam give and take lah bro...hua..hua !!!
Tapi...bro. Macam ada jee orang perhati perbualan kita nie... macam dia tahu jee.. apa yang kita nak cakap. Ish... bahaya nie ...
Takpe... okay lah.. boleh jadi saksi. Ada apa-apa kita tarik dia sekali nanti. Sape suruh... tak bagi salam.
Apa dia tuan hamba ? Tolonglah jangan ganggu patik.
Bukan ganggu tuan puteri....ini ziarah namanya...
Hamba sekadar datang menjenguk bunga di taman, sementara kumbang telah jauh pergi.
tuan puteri...tuan puteriii..... sudi lah kiranya menerima sekuntum bunga chenta ini plus with pakej percutian 3 hari 2 malam bersama hamba...hehe. Nak lah....Ikhlas nie tuan puteri.
Kumbang patik memang telah pergi tuan hamba, tidaklah bermakna binatang liar boleh menumpang lalu.
Puteri berbicara lantang. Pemuda seperti ini langsung tidak akan diberi peluang untuk memanipulasi keadaan dirinya.
Sementara itu...
Dalam keadaan yang samar, Pendekar sedang khusyuk bersama alunan zikir-zikir mathurat. Tempat dia berehat sebentar sebelum sampai ke kampung Putrajaya, sebuah pondok yang usang hanya muat untuk dirinya berbaring.
Dia melihat ke atas, seekor labah-labah sedang asyik menyulam sarangnya.
"Wahai sang labah-labah, hebatnya Tuhan menciptakan kamu. Walaupun angin, hujan yang datang namun kamu masih kental, hanya pondok ini yang sedang di makan waktu. Sekadar, menunggu masa sahaja untuk tunduk kepada bumi. "
Sarang itu, bergerak ke kiri dan kanan, kiri dan kanan... kerna ditiup oleh angin yang turut cemburu kepada Pendekar, sambil mencium pipinya sehingga Pendekar larut dalam keletihan senja.
"Mari kawan-kawan. Pendekar dah tidur." Sang angin bersuara.
"Sebaiknya kamu jangan menggangu istirehat Pendekar... wahai bunga suria.." sahut sang labah-labah.
Pendekar lena, dikelilingi oleh makhluh Tuhan yang kasihan, sayang, dan ingin menjaga keselamatan Pendekar.
Aduh...bro. Mengantuknya...nak gak angin macam tu...
Nak angin ??? nah..
Ini apa... bantal lah bro...
Nasib baik bagi bantal... kalau pembantai..hua..hua..

No comments:
Post a Comment