Friday, May 18, 2012

Hijau


 

Setiap kali kupetik sebuah potret, aku melihatnya dengan penuh rasa keasyikkan. Setiap mereka yang melihatnya mencari makna tersendiri, mengikut keadaan dirinya. Mungkin potret itu menceritakan dirinya, sumber pencarian rezekinya, semuanya berbeza namun mereka sebenarnya sedang menghadap kearah potret yang sama.

Galeri Kehidupan

Memang benarlah setiap detik itu, menceritakan sesuatu. Sudut pandang si empunya diri. Mata akan fokus kepada sesuatu titik kerana fokus kepadanya. Sambil sekitar titik itu sedikit kabur. Bukan menghilangkan corak, tetapi hanya mencapai titik fokus .

Titik Fokus

" Kenapa kamu dikenakan latihan macam ini ?  Supaya kamu tahu, kejayaan adalah bermula bila dapat dikongsikan bersama".

Tangan kiri dan kanan diikat bersama-sama beberapa tayar yang telah dinaiki rakan yang lain. Mereka adalah rakan pasukan Ragbi sekolah. Perlahan-lahan aku berjalan, sambil tayar itu bergerak kehadapan, mereka mula bersorak.

Arrh... Aku boleh !!!

Jadi Kuat

Tidak pernah dilupakan.... Masalah dan cabaran adalah exercise kepada sebuah kekuatan. Betullah,
DIA tidak menguji melainkan aku boleh mengatasinya.

" Kamu bila lari... jangan berhenti !!! Tetapkan minda untuk terus berlari... apabila letih perlahankan dan pendekkan langkah. Jangan sesekali berjalan !!!. Bayangkan garis itu telah ada didepan, bayangkan apa yang akan kamu dapat setelah tamat nanti. !!! "

Aku pun terus berlari... meninggalkan mat-mat poyo dibelakang. Dapat no. 3, larian terbuka Sandakan-10km, 2004.


Sejarah

Satu persatu potret kubuka, satu persatu hadiah dan pingat ku teliti. Rupanya aku sedang memotivasi diri sendiri... Sejarah menjadi Guru Kehidupan.

Wednesday, May 16, 2012

Cita-Cita


Cita-cita kita seiring dengan kehidupan,
Kadang ia melebihi kehidupan kita.

Harusnya cita-cita kita tidak henti,
Seperti cita chenta kita juga.
Ceh...

Terima kasih. Terima kasih sebab sudi mendengar rangkaian puitis gua. Bila berbicara tentang cita-cita. Mesti nak flashback 2-5 tahun ke belakang. Kenapa ?

Cer jawab dalam 5 saat nie.

Orait habis... Janganlah nak hantar sms kat member sebab nak tanya soalan nie je. Baik hulur 5 ringgit topup lagi baik..hehe.

Entahlah memang dah sifat semulajadi manusia kot... atau fitrah manusia kot. Bila jadi baru nak rancang, atau dah rancang cuma dia ada kat que paling belakang. Not urgent and not important...hehe.

Kadang rancang nak cuci kain pagi esok pun tak jadi ! Ada je yang sabotaj. Ini yang nak beli mesin basuh 1 dozen nie.

So what's the point ?

Okay..guys. Lets have a life planning. Realize two things, controllable and uncontrollable aspect. As we know, we only can control things that under our power, our measure. Second, this part that we can't control, and  usually we just put our hope inside and wondering all is well..hehe.

So rancang...Back to basic " Pernah dengar hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok mesti lebih baik dari hari ini ? " Arrhh... itu adalah perkara asas yang sering kita terlepas dan tak pandang pun.

So... Gua pun dah sedar.... Yang sekarang dah lewat malam... orait ... see u later... hehe. Sebelum lelap tu fikir-fikirkan lah... jangan tak lelap pulak.


Yang Benar,

Ekolabatta

Friday, May 4, 2012

Mutiara Kata


Thank you Pa... thank you Ma... thank you because supporting me...Thank you for all the advice, sharing, and motivation. I am choosing this road...this way... and I will get ready for all the challenge. Trust me and I will be there !!!

Ceeh... speaking kot !!! Bro.

Engko nie... kalau aku tak kecek bahasa orang putih nie... takut hilang ditelan zaman nanti...huahua.
Mmm.. ingat lagi masa kecik-kecik dulu... tak lah kecik sangat...kalau masuk kedai buku jee..pergilah tengok buku cerita nie...

"wah... dah ada episod baru keluar !!! " haha... mesti ada member yang beli nie... boleh lah pinjam nanti... asyik meminjam je. Buku nie kalau bawak round-round sekolah.. pergh !!! stylo bro... gua cakap sama lu...sekolah macam ana yang punya.

Itu cerita tahun 1994- 1999 bro.

Gua pun tak tau budak-budak sekarang suka buat apa. Itu budak sekarang ? Budak-budak kita nanti ? Satu lagi soalan nak jawab tue..haha.



The point is... we have to continue reading.. make it habit. Gaya bahasa akan mempengaruhi  corak kata kita... okay. Yang terakhir sambil tunggu-tunggu panggilan On-Call nie gua kongsikan satu kata-kata power... yang gua rahsiakan siapa penulisnya..huahua...

" Tidak usah berniat hendak jadi raja. Tidak perlu bercita-cita jadi orang berpangkat dengan gaji besar, akan mengharapkan bintang yang akan dihiaskan di dada.

Yang perlu ialah meluruskan Niat. sebagai makhluk hidup, kita harus berjasa kepada kehidupan. Sebagai seorang laki-laki kita harus tegak pada garis laki-laki. Sebagai perempuan harus menjadi ibu, menjadi saudara perempuan yang dapat mengubati saudara yang laki-laki.

Sebagai manusia, kita harus mempunyai kemanusiaan. Jika telah cukup kemanusiaan, walaupun kaya atau papa, termasyur atau tidak terkenal, semuanya hanya warna hidup belaka, bukan Hakikat Hidup.

Hakikat Hidup ialah Tujuann, Niat Suci dan Sederhana itu "

Orait Bro...Jangan tanya gua buku apa gua guna... buku dari atas..hehe.



 

Web Page Traffic Counter
Directory Listing