Thursday, December 31, 2009

Kamu atau Tahun itu yang Baru !!!!


Mencari Bidadari Kayangan...
Tidak Semudah Mencari Kupu-Kupu Malam...
Persis Gelap Tidak Kelihatan...
Yang Ada Hanya Pantulan Keindahan...
Mengaburi Pandangan Ohh Mata Buana.

Mencari Bidadari Kayangan...
Tidak hadir dilorong bayang-bayang...
Munculnya sirna hilangnya purnama...
Adanya sekali lupusnya selamanya.


"kamu kah atau tahun itu yang mesti baru ???" aku sambil merendam se dua keping gabeng...

Wednesday, December 30, 2009

Zon Selesa !!!!


Bismillah...Alhamdulillah...

Moga 2 perkataan ini membawa keberkatan kepada kita yang menulis dan membaca.

Zon selesa... situasi yang semua inginkan. Fenomena dimana manusia telah berpuas hati dengan apa yang mereka miliki. Saya juga mahu zon selesa, begitu juga dengan anda. Tetapi terkadang kita alpha, kemana hala tuju zon selesa itu, tiada matlamat sehingga memakan diri kita sendiri.

Adakah zon selesa dalam dakwah ???

Adakah ianya bahaya kepada kelangsungan dakwah itu ???

Bagaimana jika ia melibatkan kumpulan ataupun orang perseorangan ???

Adakah kamu pernah keluar dari zon itu??? Bagaimana rasanya ???

Sudahkah kamu bersedia ???

Bersedialah !!!



Aku dengan beberapa member yang lain telah gagal, gagal sebab tak prepare pakaian sukan untuk main futsal. Gagal dari segi disiplin sukan, sebab ada yang pakai seluar slack, lagi dasyat pakai seluar jeans, tambah tak bawak kasut plak. Kenapa kami gagal ??? Sebab adhoc, adik-adik ajak main futsal, apapun kita layan sebab dah lama tak main futsal. Tapi, perkara penting...Jangan takut jika Gagal !!! Bukan mahu Gagal !!! Tetapi berani berhadapan dengan Kegagalan !!!


Jadi apa yang berjaya ??? Kami berjaya mengeratkan silaturrahim. Itulah objektif kami, dan ianya tercapai, maka kegagalan itu hilang ditimbus oleh keberjayaan kami. Mudah dan senang...
Teori jadikan sebagai muqaddimah...yang lain adalah gerak kerja... Kerja dan Terus Bekerja...


p/s : Kamu bagi can kah kami menang nie ? Abang facy jak yang selalu score hehe...

" Perjuangan Semanis Madu Memerlukan Pengorbanan Sepahit Hempedu"

Dimana Kita ??? Wahai anak bangsa !!!

Bismillahirrahmanirrahim...



Ukurlah dengan prinsip ilmu...bukan kepala nafsu...

Monday, December 28, 2009

MIT'09(vol.3)


Bismillahirrahmanirrahim.

Mari kita mengucapkan syukur kehadrat Allah s.w.t. Alhamdulillah diatas segala nikmat kurniaNya. Mari kita berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, manusia yang akan memberikan syafaatnya nanti kepada insan-insan yang selalu mengingatinya, menerima dan mengamalkan suruhan Baginda.

Saya rindu menjadi peserta program seperti ini... Program yang memberikan ilmu bermula dari
saat kelopak mata kita terbuka sehinggalah ia tertutup semula.



Melihat gelagat peserta...saya cuba membayangkan itu adalah diri saya. Gembiranya mereka, ya mereka ini adalah kemajuan yang saya cari. Kemajuan nilai diri, kemajuan harga diri, kemajuan yang bakal membawa mereka bahagia di dunia dan akhirat.



Bajet 2010 yang telah dibentangkan, sepatutnya semua kearah ini. Meningkatkan kemajuan diri manusia, yang semakin hilang dan terkikis disebabkan kemajuan hedonisme yang dijilat dan diratah segelintir manusia.



Ohh... kalaulah setiap masa begini. Ada abang dan kakak yang sentiasa mengingatkan baik dan buruk kehidupan. Sudah tentu aku akan menjadi peserta tetap program seperti ini. Aku akan ada kawan-kawan yang baru, yang sentiasa bertanya tentang keadaan diriku.



Namun zaman itu, mungkin sudah berlalu untuk diriku. Insan seperti aku, mempunyai misi dan tanggungjawab yang lebih besar lagi. Insan yang sebaris dengan aku, akan memastikan syiar Islam ini akan tumbuh, bercambah, dan hasilnya adalah kamu yang akan berdiri sebaris bersama-sama dengan kami.



Kerana Islam ini adalah hak semua, milik semua.Yang perlu ditegakkan dalam jiwa-jiwa setiap muslim. Marilah kita berdoa, semoga setiap masa kita ditemukan dengan insan-insan yang cintakan AgamaNya, semoga dengan itu kita akan sentiasa sedar peranan dan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Wassalam.

Jiwa - Jiwa Rockers

Salam Ukhwah Salam Perjuangan...



Gua antara peminat musik Rock. Rockers lah katakan. Manakala AMUK adalah antara kumpulan HeavyMetal tempatan yang gua sanjungi. Lagu-lagu yang mereka sampaikan mempunyai mesej-mesej tersendiri. Lirik dan senikata yang unik dan berbeza daripada lagu-lagu lain, menyebabkan lagu ini pasti melekat, dan terus terpalit di jiwa-jiwa pemuda Rockers.

Dengar + Hayati = Faham.

Formula yang semakin hilang dalam kasta manusia. Terkadang mulut yang menghasilkan bunyi itu juga tidak menghayati, lantas tubuh badan yang lain membuat onar, maka runtuhlah tamadun manusia hari demi hari. Biarlah runtuh tamadun manusia yang berbentuk fizikal, asal jangan runtuh tamadun keperimanusiaan seorang manusia.

Lu yang berjiwa Rockers, garap dan genggam formula ini. Gua yakin, pintu cahaya akan ada dihadapan kita, walaupun cara dan masa yang mungkin berbeza, namun yang pasti ia sentiasa akan wujud bagi mereka yang ingin mencari kebenaran.

Okey... wassaalam.

"Born To Rock The World"



Saturday, December 26, 2009

MIT'09 (vol.2)

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur kehadrat Allah s.w.t, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,keluarga baginda,para sahabat serta para pejuang Islam sehinggalah kalimah Tauhid ini berada didalam diri setiap daripada kita.



19-22 Disember 2009, SMK SANDAKAN - Muslim Intensive Training 2009 (MIT'09) telah berjalan dengan jayanya. Kehadiran peserta yang datang dari segenap bumi Sandakan memberikan sinergi kepada para ajk program untuk memberikan yang terbaik kepada semua peserta. Memfokuskan kepada ilmu agama, kepimpinan dan kerjasama membuatkan para peserta yang hadir pasti tidak melupakan setiap detik mereka berada di dalam program tersebut.


Program yang disertai oleh seramai 170 orang peserta, menyebabkan SMK Sandakan riuh rendah dengan nyanyian dan sorakan para peserta. Pelbagai ragam dan celoteh yang dapat kita perhatikan, melalui aktiviti berkumpulan seperti "jungle tracking" , malam kesenian Islam serta aktiviti yang lain.



Syabas dan Tahniah kepada semua peserta MUSLIM'09. Sejuta penghargaan kepada para ajk dan fasilitator diatas pengorbanan anda semua. Moga setiap amal kebajikan kita diterima oleh Allah s.w.t. Untuk adik-adik teruskan berhubung dengan fasilitator anda serta para ajk program.

InsyaAllah, doakan tahun hadapan kita jumpa di SMK ELOPURA BESTARI !!!!

Akhir kata, Islam adalah agama yang satu. Agama yang diredhai Allah s.w.t. Merupakan satu program dan pakej terbaik untuk seorang manusia yang ingin berjaya dunia dan akhirat. Marilah kita bersama-sama dengan gerak kerja Islam, berperananlah sebagai seorang dai'e samada anda seorang pelajar, guru, anak, kakak, abang, apapun status anda !!!!

Sekian,terima kasih.

"Bersama Selamanya Untuk Islam"

Thursday, December 24, 2009

MuSliM InTENsiVE TRaining'09




Assalamualaikum w.b.t

Teristimewa untuk semua adik-adik yang kusayangi. Abang akan upload gambar program sedikit demi sedikit. Satu lagi alternatif, adik-adik boleh masuk ke blog PSS Sandakan di www.pskn.blogspot.com.

Okey, setakat ini dulu. Kekalkan hubungan antara kita semua, adik-adik dengan para fasilitator dan ajk program. Semoga kita semua dalam redhanya Allah s.w.t. Kalau ada sebarang persoalan dan pertanyaan email abang (achok_ugi@yahoo.com.my).

Sekian, wassalam. " SENYUM SEINDAH SURIA "














 

Web Page Traffic Counter
Directory Listing