Monday, December 12, 2011

Kabus


" Ini betul-betul... bukan cuuuubaan !!! "

Kalau ada cahaya.... kamu mahu didepan atau dibelakang cahaya ??? Argh... blackout pula...

.... Mmmm

“.... Maka orang-orang yang beriman kepada-Nya, menolong-Nya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al Quran) merekalah orang yang beruntung.”

(Al-A'raf: 157)

Sunday, December 11, 2011

Pancing

Mmmm..mmmm" Aduh... aku bab mancing-mancing lah yang lemah nie. Paling best tu buat waktu malam, tidur pun jadi priority ke dua, pemandangan pun cantik satu colour je... silau dah mata nie.. kena sinar torch light tue. Dah lah tangan letih... pegang joran berat nak mampos nie... topik pun best... sunyi je... sekali sekala dengar bunyi menderau dari orang sebelah. Hampeh.. boleh pulak dia terlelap." Mmmm... mmmm...


Mmmmmm....mmmmmm " Tenang pulak rasanya... Allah cantiknya bulan... indahnya bintang-bintang... bila lah Ultraman Taro nak sampai... dia janji dari aku kecik lagi... kata nak pagi pen ajaib tue.. tak sampai-sampai lagi... sesat kot... almaklumlah kat atas tu mana ada signboard... hilang pulak hal-hal kerja masa nie... benda-benda karut pulak yang datang." Mmmmm...mmmm..


Mmmmm....mmmmm " Sejuk pulak angin nie... yang aku pergi pakai baju nipis nie apasal... patut bawak sleeping bag... masuk dalam kepompong kemudian mancing... wah bestnya... !!!! Eh.. kesitu pulak..." Mmmmm....mmm.


Mmmmm...mmmm " Entah bagaimana khabarnya ? Sihatkah dia... Gembirakah dia... Allah berikan dia kekuatan... Kasihanilah dia dengan RahmatMu... Pulihkan semangatnya seperti sediakala...seperti yang aku kenali dulu... ameen. Bangun !!!! Boleh pulak sampai kesitu... ish...ish..". Mmmmm...mmm.

Mmmmm... Patutlah ramai orang mancing... kamu mancing benda lain kan...hehe.

Thursday, December 8, 2011

Kembara

Gua teringat...

Ada 2 perkara, pertama adalah dalam kawalan, kedua adalah diluar kawalan.
Pemalar dan pemboleh ubah ...

Mungkin kita pernah mengembara, dirasakan telah siap seadanya, dirasakan telah kuat seadanya, telah cukup segala persiapannya. Lantas kaki itupun melangkah, langkah demi langkah. Telah terbayang apa yang bakal dilihat dihadapan, antara bayang-bayang dan angan-angan. Detik itu adalah dalam kawalan.

Kemudian... kita sedari atau tidak ianya hilang satu persatu, tertinggal, hilang, menghilang, terlalai, dilalaikan, semua adalah bukan kehendak, tapi ia berlaku. Detik itu adalah diluar kawalan.

"Hidup ini bukanlah berkisar kepada berapa banyak kali dugaan, tetapi sejauh mana kamu sanggup menahan dugaan !!! ". Noktah Hidup 1.

"Latihan silat ini bukan untuk melatih kamu menjadi kuat... tetapi supaya kamu tahan pukulan... supaya kamu tidak letih... mempunyai tenaga dimula dan akhir gelanggang ". Noktah Hidup 2.

Hamba, bagaimana mahu mengaku beriman sedangkan belum diuji ? Harus diuji, kemudian iman akan datang. Iman hamba ada pasang surutnya, maka ujian akan datang silih berganti, untuk menyegarkan Iman.

Teman, kita sedang diuji dalam pentas masing-masing. Berbeza watak dan cerita. Yang pasti hanya satu, sejauh mana pengharapan kita kepada yang Maha Esa. Sejauh mana pengharapan kepadaNya. Kita hidup dalam 2 ruang lingkup itu, dalam dan luar kawalan, seharusnya membuatkan kita lebih sedar mengenai kekurangan.

Kekurangan yang bernama Hamba.

Wednesday, November 30, 2011

Kembali


Kembali...

"Anak lelaki itu... walau jauh kemana ia mengembara pasti satu hari nanti ia akan kunjung tiba jugak". Pesan orang tua itu.

Kini aku telah kembali... musafir di tanah sendiri, tanah yang aku agungkan diwaktu sepeninggalanku di tanah seberang. Enam tahun mencari ilmu, membina identiti diri, mencari maksud hidup, mengenali erti sebuah persahabatan, menghargai setiap pemberian, memahami apa itu perjuangan... semua ini adalah satu bekalan menghadapi saat-saat ini.

" Kamu nak... bantu orang tua mu... inilah masanya kau berbakti pada orang tua mu !!! ". Pesan pak cik itu.

Seperti baru semalam, ucapan emak dan bapak, mengiringi aku ke lapangan terbang. Mereka hanya mampu disitu. Namun aku harus terus melangkah, hanya pesan mereka " Jadilah orang baik, maka orang akan baik terhadap mu, jangan lupa suruhan agama. Jangan tinggal sembahyang!"

Setelah memasuki alam kerjaya ini, baru perasan ianya penuh dengan panca roba. Bagaimanalah bapak tidak pernah berputus asa mencari rezeki, bagaimanalah para ibu dan bapa berusaha membina sebuah keluarga bahagia. Senyum bapak sangat manis... seperti tidak ada rasa penat diwajahnya. Semua itu hanya untuk insan-insan yang mereka sayangi. Rupanya penat mereka telah hilang sebaik sahaja berjumpa dengan insan-insan itu. Disitulah sumber kekuatan, disitulah sumber kebahagiaan.


" Ia akan bermakna... apabila ia dikongsikan".

Masa yang terhad, kerja yang tidak menentu menuntut untuk aku bijak mengatur masa. Masa kerjaya, masa bersama keluarga, masa dengan kawan-kawan, masa dengan kerja-kerja kebajikan, masa dengan perjuangan Islam. Doa yang sering aku pinta, agar aku sibuk dengan kerja-kerja Agama, biar sikit asal ada. Jangan sampai terlupa untuk memikirnya... nanti hatiku akan kosong. Kerana fitrah hamba itu akan lebih tenang jika dekat dengan Penciptanya. Aku tahu... dan aku cari.


" Bila enta nak tamatkan bujang syeikh... !!! " Tanya seorang teman.

Ana bujang ke ??? Owh.. ana bujang lah. Tak perasan pulak. Yang pasti ia tidak akan datang dalam sekelip mata, Allah sebenarnya sedang menguji, melihat, adakah aku sudah sedia, adakah aku sudah layak zahir dan batin. Steady bro... telah ada bidadari untuk gua... guna gua punya name tag lagi tau..hehe. Jodoh adalah haq Allah, Dia akan tunjukkan jalan, jaga diri agar ketika melalui jalan itu kita akan sampai ke destinasi yang dituju. Tepat pada waktu, kedudukan dan pasangan hidup. InsyaAllah.

Kembali...

Untuk menulis bukanlah perkara yang sukar... Siapa bilang Engineer kaki pen...dalam nie ada taman tau..hehe....

" Seperti Mati Hidup Semula "... Pada waktu kita terasa kita telah mati, kemudian Allah berikan kehidupan... itu adalah nikmat kedua selepas hidup. Kerna Rabb masih memberi peluang untuk kita berbakti, beramal, dan bersedekah untuk di akhirat sana. Semoga kamu tidak putus harapan. Ketahuilah ada insan-insan lain yang sering mendoakan kamu... bahasanya hanya sampai kepada pemilik yang Esa.

Wassalam.

Sunday, August 14, 2011

~ Doa Buat Kekasih ~

Ya Tuhanku...
Kemana aku menghadap lagi
Kemana cinta aku lekatkan
Kemana cinta aku dekatkan
Kepada rupanya yang sebenarnyakah
Atau kepada lukisan tanganku sendiri

Dimana Engkau Kekasih
Di bunga yang mekar lagi
Di embun menyentak naik
Di surau yang sunyi sepi
Atau di sudut doa ini ?

Dimana Engkau KekasihKu
Engkau jauh ya Illahi
Jauh tidak berantara
Engkau dekat
Dekat tidak bersuatu

Sungguh...
Engkau ada Ya Rabb...
Dalam dadaku................... .

Saturday, August 6, 2011

~Sementara~



Bila tiba satu masa nanti...
Kita akan berkata...

Ya Rabb... jadikan dosa ini untuk aku tidak lupa memohon ampun kepadaMu...
Jadikan dosa ini... sebagai penghubung antara aku dengan Engkau...

Bila aku tidak mengenali apa itu dosa...
Sungguh itu adalah dosa yang sebenar...

Aku mengakui akan kelemahan ku.
Sesungguhnya Engkau Lagi Pengampun Lagi Penyayang.

Pagi Ramadhan ke-6 :

" Betul... percayalah gua kata nie... siapa yang tidak mendapat faedah sikitpun untuk dirinya daripada Ramadhan... dia adalah orang yang sangat malang.

Kita ada 2... membuktikan kita beramal atau mengakui akan dosa... kedua-duanya akan mendatangkan kebaikan kepada kita sebagai seorang hamba. Maha Pemurahnya Allah s.w.t yang menerima penyaksian... menerima pengakuan hamba-hambaNya.

Yang bermasalah besar.. ialah kita tidak berhubung dengaNya... lost contact kepada Pencipta... tidak bersangka baik akanNya.. berputus asa akan pengampunanNya. Ini adalah racun...yang perlahan-lahan sedang memakan diri sendiri. Kerana masih lena...dan tidak terdetik kepada arah kebaikan."

" Tapi... ??? "

" Tapi apa lagi... takut dengan manusia ??? Takut dengan member... perlahan-lahan lah dalam melakukan perubahan kerana semangat itu akan kita perlukan untuk perjalanan yang lebih jauh.
Gua hanya risau bro berubah berdasarkan nafsu..nafsu untuk membuktikan sesuatu... biarlah perubahan itu perlahan... bro fahami dan hayati.. agar bro rasai kemanisannya."

" Tapi.... ???"

" Tapi apa lagi nie !!! "

" Tapi.... bila kita nak masak nie ??? 5.10 dah kot"

"Lorrr....cepat2... bagi tau bilal tue... azan lambat cikit..hehe"

Thursday, August 4, 2011

~ Urai ~

"Memberi dan berkongsi pengalaman adalah sebuah sedekah. "

Nanti... ada soalan yang perlu kepada jawapan... ada jawapan yang perlu kepada penerangan.

Ada yang tidak tahu lagi bagus daripada tahu... ada juga lagi bagus bagi tahu.

Wednesday, August 3, 2011

Ombak

" Aku adukan kepada guruku Waki'
akan keburukan hafalanku.
Maka beliau tunjukkanlah supaya aku
suka meninggalkan maksiat.

Dan beliau ajarkan pula
bahawa ilmu itu ialah Nur.
Dari Nurullah itu tiadalah akan diberikannyaNya
kepada orang yang ashi, berbuat dosa".

Julai 2005

Julai 2006

Julai 2007

Julai 2008

Julai 2009

Julai 2010

Julai 2011

....

Tuesday, August 2, 2011

Destinasi

Destinasi...
Moga bebas dan terus mekar.
Bersama lakaran kehidupan.

Sunday, June 19, 2011

~ Lakaran Mega ~

Itu dia...
dia sedang duduk...
Duduk menghadap Ilahi.
Itu Dia..
Dia sedang mendengar...
Mendengar doa hambaNya.

Wednesday, June 1, 2011

~ Hilang ~

....hilang sekejap...
... sekejap untuk selamanya...
....selamanya untuk diri....
....yang bukan milik sendiri.

Thursday, May 19, 2011

~ Lecak ~



"Seorang penulis, adalah menghasilkan sebuah pena. Daripada pena maka terlahirlah kata-kata. Jika ingin tulisan itu sampai kepada hati pembaca... maka tulisan itu juga harus hadir dari hati yang menulis. Jika tidak maka ianya seperti surat khabar yang kisahnya hanya terawang pada hari itu sahaja."

Wednesday, May 11, 2011

~ Hapus ~


Hapusnya aku...
Seperti sebelumnya...
Datang dan pergi...
Meninggalkan nama menuai budi.

Datang tanpa salam...
Menyambut untuk bertemu Tuhan.
Datang tanpa salam...
Teman menyelusuri destinasi pilihan.

Hapusnya aku...
Meninggalkan sejuta satu impian...
Meninggalkan sejuta satu harapan...

Hapusnya aku...
Bukan hilang dari kewujudan...
Hanya kabur dari pandangan...
Hadir pada yang mengingati...
Muncul pada yang sudi.

Monday, May 9, 2011

~ Racun ~

Ada seekor semut. Semut ini tersesat kemudian masuk ke dalam bekas gula. Selesa, cerah dan selamat mungkin kerana ditutupi penutup bekas gula yang kedap itu. Penuh dengan biji-biji gula, kiri kanan, bawah dan atas diselimuti bijian gula.

" Wah.... bestnya... macam manalah aku boleh masuk dalam bekas nie. Yeah... semua gula pasti menjadi milikku... Mulai sekarang aku tak perlu risau lagi...makanan sudah mencukupi malah terlebih lagi." kata semut itu.

Maka semut itu gembiralah seadanya. Bekas yang jernih itu melihatkan gerombolan semut-semut yang lain. Bersusah payah mereka mencari sebutir makanan, kecil dan besar, baru ataupun lama. Masing-masing menghulurkan bantuan, selangkah demi selangkah mereka bergerak. Kadang semut-semut itu lari bertempiaran bila sahaja sang manusia melangkah ke arah mereka. Kadang ada yang cedera, kadang ada yang mati diantaranya. Lewat saat selepas itu keadaan kembali pulih, mereka seperti sedia kala.

" Apalah yang puak-puak ini sedang lakukan... hahaha !!! Malangnya kamu, terpaksa bertarung nyawa untuk sebutir makanan." Sahut semut itu.

Begitulah rutin harian sang semut diluar bekas gula itu. Selalunya mereka bergerak sendirian, bila perlu mereka berkumpulan. Terus sibuk tanpa sedikit menoleh ke arah bekas gula itu.

Hari demi hari... Suasana didalam bekas gula itu semakin sempit walaupun dia boleh melihat seadanya. Bijian gula itu semakin berkurangan buat makanannya. Dia semakin tidak selesa, sukar untuk bernafas mungkin kerana udara di dalam bekas itu semakin berkurangan. Nafsu semut itu berkata... "makan lah... makan lah... adakah kau tahu betapa bertuahnya engkau berada di dalam ini"...kemudian akalnya berkata " jangan makan lagi...cukup... kerana oksigen akan habis... semuanya digunakan untuk tenaga menghadam kamu !!!".

Ada seekor semut. Sedang memerhatikan seekor semut di dalam bekas gula yang kedap itu.

" Kesiannya dia pak !!! Hanya dikelilingi gula... tapi langsung tidak kemana-mana.

Biarkanlah dia... malah dia bukan yang pertama... Teruskan kerja mu... sekejap lagi cukuplah
bekalan untuk kita menghadapi 2 musim nanti.

Baik pak !!! ...mmm.... apalah yang sedang dia fikirkan ???"

Sunday, May 8, 2011

~ Lakar ~

Tidak usah kami diberi kata,
Dipakai kata akan luntur.
Tidak usah kami diberi nasi,
Dimakan nasi akan habis.
Berilah kami hati yang suci, muka jernih,
Budi baik dibawa mati...

Saturday, May 7, 2011

~ Ibunda ~

"Selamat Hari Ibu, Mak, Emak, teristimewa buat ibunda tercinta..."

Monday, May 2, 2011

~ belenggu irama ~



Hari-hari bagaikan berlari
Tiada sesaat berhenti
Aku yang masih berdiri
Tiada arah yang pasti

Apakah aku sudah mati
Dalam dunia ini
Biarpun masih berdiri
Tiada siapa peduli

Aku terikat tanpa tali
Aku berdiri tanpa bumi
Aku berkata tanpa suara
Aku menangis tanpa airmata

Apakah aku sudah mati
Dalam dunia ini
Biarpun masih berdiri
Tiada siapa peduli

Perintahmu adalah belenggu
Menggenggamku dengan kuasamu
Membuat aku menjadi layu
Dalam suasana yang masih baru

Bilakah akan berhenti bicara
Untuk melihat apa yang melanda
Angkaramu kepada irama
Yang telah beku
Selama kau berkuasa

~ kami tujukan lagu ini...kepada jiran sebelah yang daripada tadi pasang lagu pop yey yey....
boleh hilang akal dibuatnya....

nah !!!!

apa nie ???

mikrofon....nyanyi... sementara gua p ambik nasik jap...hehe

boleh plak macam nie....hampeh punya bro...

tak kan nak duduk saje... orang tengah baris panjang tue...haha ~

Sunday, May 1, 2011

~ kurnia ~


"Ikat bagus-bagus bah... Pangkalnya mesti ditarik betul-betul... hujung tali mesti ketat..kuat..kalau ndak...ndak sedap... lembik.

Dulu waktu zaman nenek muda-muda... inilah masa kami mau pikat cewek-cewek tue...hehe...
ada pertandingan lagi... siapa yang paling kemas... sebab apa... yang didapur tue... cewek-cewek yang masak..hehe...

hehe...ya nek !!! saya belajar lah nie... ndak apa... pertama memang ndak bagus... tengoklah sekejap lagi....

simpan situ ko punya... mau di check balik... malu kita tue.. dengan haji-haji di dapur...

iya..."


Apabila saja kamu telah menetapkan untuk menjadi seorang jurutera... maka this our life man !!! kita yang pertama masuk... kita yang last sekali keluar... inilah kehidupan kita... tapi ini bukan tujuan kehidupan kita... walau macam manapun kita kena berbakti kepada orang lain..

berikan peluang pada diri untuk berbakti... kita mesti memaknakan hidup kita... yeah !!!!!

boleh !!!! takda hal lah bang !!!



Kan... tak boleh mandi tue !!!!

Nak jugak... bendera merah dah naik.. tak boleh lah mandi...

Okaylah saya balik lah nie...

Tak semua yang kita sukai akan kita miliki... ia berkaitan dengan masa...Allah akan berikan pada masa yang sesuai... masa yang kamu telah bersedia... adakah kita mahu menjadi hamba yang tidak bersyukur kepadaNya...

hamba yang tidak bersyukur ialah mereka yang tidak merasa cukup dan menghargai apa yang ada padanya... kamu mesti persiapkan diri kamu secukupnya !!! maka Allah berikan masa... masa untuk kita perbaiki diri.. masa untuk kita cukupkan bekal... maka bila masa itu telah datang InsyaAllah kamu telah bersedia !!! hehe... betul tak ???

lek lah... mandi tak boleh.... tapi main pasir boleh !!! shoot gambar boleh !!! betul tak ????

betul !!!!! hahaha....


Dengan ilmu kita akan hidup.... ilmu memberikan kita prinsip...ilmu sebagai penyuluh, teman yang setia walau apapun keadaaan kita... hidup dengan ilmu adalah nafas pada kehidupan...



mana boleh tidak bersedia !!! kan pendakwah itu mesti selalu bersedia... cuba dulu !!!!

tapi saya bukan belajar medic...

tidak apa.... nanti doktor itu akan tolong ajarkan... mesti boleh punyalah !!! okay...

hehe....ini dia doktor sehari kita !!! jangan lupa esok pula...

puan.... ada-ada jee... saya tukang potong benang sajalah...

janji tak terpotong yang lain...hehe... syabas !!!

Tuesday, April 26, 2011

Tapis

jappp.....
japppppp.....
japppppppp.....

tunggu.......

haaa....... dia jeling !!!!

relaks.......coool.......
cooooooooooooooooolllll...

dia datang...dia datang....
cooooolllllll....


mau apa ???

ais batu satu !!!

ceh.... hampeh punya bro !!!!

lorr.....gua tenung depan nie.. bukan kat belakang tue...ish..

yorrrlah tue...



Tuesday, April 12, 2011

~ Keutamaan Budi ~


" Sesungguhnya orang yang mukmin daripada hamba Allah itu, tidaklah berdendam kepada orang yang benci, tidak berdosa kerana cinta, tidak menyia-nyiakan barang yang dipertaruhkannya, tidak pernah hasad, tidak pernah mencela, tidak pernah memaki. Mengakui akan yang benar meskipun tidak diminta, tidak suka mempersenda-sendakan gelaran.

Di dalam sembahyang dia khusyuk, segera dia mengeluarkan zakat, tenang walaupun disekitarnya ribut, tunduk didalam kemegahan, syukur dan mencukupkan apa yang ada, tidak mendakwahkan apa yang bukan kepunyaannya, tidak terlanjur lantaran marah, tidak dipengaruhi oleh kebakhilan, mengerjakan yang makruf. Bergaul dia dengan manusia supaya dia beroleh ilmu, lemah lembut supaya dia faham dan meskipun dia teraniaya dan dimungkiri orang, namun dia tetap dan teguh, sehingga Tuhan Yang Rahman yang akan membelanya."

~ Perangai Utama Menurut Anjuran Islam - Falsafah Hidup ~

Tuesday, April 5, 2011

~ Janji ~


~ Harga pada kata adalah sebuah perbuatan...
Maruah pada perbuatan adalah sebuah kata...
Aku kenalinya sebagai janji...
Yang pasti mengheret ke selekoh nikmat ataupun azab kelak
yang hanya Manusia berani mempertaruhkannya
malah gunung-ganang turut menidakkannya
insan seperti aku diantaranya ~

Thursday, March 31, 2011

Genggam


Angin malam bertiup lembut
Bersama kedinginan
Menyapu wajah-wajah mujahid
Demi perjuangan
Tidak mereka lalaikan Allah
Walau sebentar jua
Menjadi muqarrabin adalah cita
Melalui mujahadah

Angin malam bertiup lembut
Kini hangat pula
Bersama-sama darah mujahid
Syuhada' fisabilillah
Apalah dunia pada mereka
Dibandingkan syurga
Bersama kekasih Allah Muhammad
Utusan akhir zaman

Wahai mujahid Allah
Tenangkan hatimu
wahai mujahid Allah
Teguhkan citamu
Wahai mujahid Allah
Bukankah Allah telah berjanji
Syurga Firdaus milikmu

Epilog Mujahid - Grup Apresiasi Seni



Wednesday, March 23, 2011

Mail


Dulu... ada ustaz ada bagi tau abang...
Dia kata...
Hidup ini memang selalu ada masalah...
Masa Hidup ada masalah...
Masa Mati ada masalah...
Dalam kubur ada masalah...
Nanti hari pengadilan pun... masalah jugak...
Dalam neraka pun... lagi banyak masalah...
Bila tiada masalah ??? Bila sampai di syurga nanti.

Dulu...ada ustaz bagi tau abang...
Tapi... kehidupan kita ini bukan satu masalah...
Sebab... kau kan macam Goku...
semakin jumpa masalah... semakin hebat...
semakin jumpa masalah... semakin kuat...
semakin kuat... mestilah jumpa lawan-lawan yang makin hebat... betul kan.

Jadi senyumlah...kerana itu penawar murni...
Jadi berdoalah... sebab kita sudah jadi pahlawan...
Biar kuat,
Biar cekal,
Biar kental,
Kitakan jadi pahlawan... kepada Raja segala empayar.

Wednesday, March 16, 2011

U-turn

"Ketika kita mati, jangan cari pusara kita di bumi, tetapi carilah di hati manusia."
(Jalaluddin Rumi)

Wednesday, February 23, 2011

... Berlari Ke Kaki Langit ...

...Berlari ke kaki langit...

Berlari ke kaki langit...
Bermula dengan sedetik nafas...
Malu bersama tangis...
Kerna telah berada di bawah langit.

Berlari ke kaki langit...
Pintu tanpa tangga...
Rumah tanpa tiang...

Kunci itu terus mencari...
Bertemu si Pencari...
Penghuni - penghuni langit.

Wednesday, January 26, 2011

Perenggan Hidup

Puitis buat Mat...
Idealis itu...
Bukan melahirkan golongan yang sama...
Tidak lain hanya perjuangan yang serupa.

Satu Masa Nanti


Satu masa nanti saya mahu jadi menjadi seperti bapa...
Menjadi teman...
Sumber pengharapan...
Tidak putus asa...

Dan saya tidak akan pernah menang...
Bapa tetap somboy ...
Bapa tetap bergaya ...
Bapa tetap berani ...

Terima kasih bapa ...
Ketahuilah ada insan yang sangat menyanjungimu...
Mendoakan kesihatanmu...
Mendoakan redhaNya bersamamu...

Ameen.

Monday, January 24, 2011

Hidayah








Majoritinya lebih cerah daripada kulit gua bro....
Cerahnya hati mereka...
Yakin mereka akan pada Tuhan nya...
Allah s.w.t. akan memelihara dirinya.

Meski kadang ada insan seperti gua yang memperkecil mereka...
Anggap saja mereka adalah gua dan lu pada kita berusia belasan tahun bro...
Suaranya lembut, senyumnya jujur, peribadinya murni...

dan Gua hanya dapat berdoa... agar kita kekal dibawah hidayahNya...
kerna esok gua masih tidak tahu siapa gua sebenarnya.

Wednesday, January 19, 2011

Wednesday, January 12, 2011

ENGINEER



~Berlari lah !!! Bersama impian sejauh mata memandang !!!
Jangan pernah berhenti... melangkah lah... hidup ini terlalu singkat untuk berputus asa !!!
" Don't Worry Be Happy !!!"

Tuesday, January 4, 2011

Lutsinar

Darjat...
Menghapusnya...
Menjadi kebanyakkan...
Maka terasa darjat.

Bagaimana melihat tinggi darjat ?
Hanya bila kaki dibawah.
 

Web Page Traffic Counter
Directory Listing