Wednesday, November 30, 2011

Kembali


Kembali...

"Anak lelaki itu... walau jauh kemana ia mengembara pasti satu hari nanti ia akan kunjung tiba jugak". Pesan orang tua itu.

Kini aku telah kembali... musafir di tanah sendiri, tanah yang aku agungkan diwaktu sepeninggalanku di tanah seberang. Enam tahun mencari ilmu, membina identiti diri, mencari maksud hidup, mengenali erti sebuah persahabatan, menghargai setiap pemberian, memahami apa itu perjuangan... semua ini adalah satu bekalan menghadapi saat-saat ini.

" Kamu nak... bantu orang tua mu... inilah masanya kau berbakti pada orang tua mu !!! ". Pesan pak cik itu.

Seperti baru semalam, ucapan emak dan bapak, mengiringi aku ke lapangan terbang. Mereka hanya mampu disitu. Namun aku harus terus melangkah, hanya pesan mereka " Jadilah orang baik, maka orang akan baik terhadap mu, jangan lupa suruhan agama. Jangan tinggal sembahyang!"

Setelah memasuki alam kerjaya ini, baru perasan ianya penuh dengan panca roba. Bagaimanalah bapak tidak pernah berputus asa mencari rezeki, bagaimanalah para ibu dan bapa berusaha membina sebuah keluarga bahagia. Senyum bapak sangat manis... seperti tidak ada rasa penat diwajahnya. Semua itu hanya untuk insan-insan yang mereka sayangi. Rupanya penat mereka telah hilang sebaik sahaja berjumpa dengan insan-insan itu. Disitulah sumber kekuatan, disitulah sumber kebahagiaan.


" Ia akan bermakna... apabila ia dikongsikan".

Masa yang terhad, kerja yang tidak menentu menuntut untuk aku bijak mengatur masa. Masa kerjaya, masa bersama keluarga, masa dengan kawan-kawan, masa dengan kerja-kerja kebajikan, masa dengan perjuangan Islam. Doa yang sering aku pinta, agar aku sibuk dengan kerja-kerja Agama, biar sikit asal ada. Jangan sampai terlupa untuk memikirnya... nanti hatiku akan kosong. Kerana fitrah hamba itu akan lebih tenang jika dekat dengan Penciptanya. Aku tahu... dan aku cari.


" Bila enta nak tamatkan bujang syeikh... !!! " Tanya seorang teman.

Ana bujang ke ??? Owh.. ana bujang lah. Tak perasan pulak. Yang pasti ia tidak akan datang dalam sekelip mata, Allah sebenarnya sedang menguji, melihat, adakah aku sudah sedia, adakah aku sudah layak zahir dan batin. Steady bro... telah ada bidadari untuk gua... guna gua punya name tag lagi tau..hehe. Jodoh adalah haq Allah, Dia akan tunjukkan jalan, jaga diri agar ketika melalui jalan itu kita akan sampai ke destinasi yang dituju. Tepat pada waktu, kedudukan dan pasangan hidup. InsyaAllah.

Kembali...

Untuk menulis bukanlah perkara yang sukar... Siapa bilang Engineer kaki pen...dalam nie ada taman tau..hehe....

" Seperti Mati Hidup Semula "... Pada waktu kita terasa kita telah mati, kemudian Allah berikan kehidupan... itu adalah nikmat kedua selepas hidup. Kerna Rabb masih memberi peluang untuk kita berbakti, beramal, dan bersedekah untuk di akhirat sana. Semoga kamu tidak putus harapan. Ketahuilah ada insan-insan lain yang sering mendoakan kamu... bahasanya hanya sampai kepada pemilik yang Esa.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

 

Web Page Traffic Counter
Directory Listing