Matahari terbit pagi ini,
mencium bau kencing orok di kaki langit,
melihat kali coklat menjalar ke lautan,
dan mendengar dengung lebah di dalam hutan.
Lalu kini ia dua penggalah tingginya.
Dan ia menjadi saksi kita berkumpul di sini
memeriksa keadaan.
Kita bertanya :
Kenapa maksud baik tidak selalu berguna.
Kenapa maksud baik dan maksud baik bisa berlaga.
Orang berkata “ Kami ada maksud baik “
Dan kita bertanya : “ Maksud baik untuk siapa ?”
Ya ! Ada yang jaya, ada yang terhina
Ada yang bersenjata, ada yang terluka.
Ada yang duduk, ada yang diduduki.
Ada yang berlimpah, ada yang terkuras.
Dan kita di sini bertanya :
“Maksud baik saudara untuk siapa ?
Saudara berdiri di pihak yang mana ?”
Kenapa maksud baik dilakukan
tetapi makin banyak petani yang kehilangan tanahnya.
Tanah-tanah di gunung telah dimiliki orang-orang kota.
Perkebunan yang luas
hanya menguntungkan segolongan kecil saja.
Alat-alat kemajuan yang diimpor
tidak cocok untuk petani yang sempit tanahnya.
Tentu kita bertanya :
“Lantas maksud baik saudara untuk siapa ?”
Sekarang matahari, semakin tinggi.
Lalu akan bertahta juga di atas puncak kepala.
Dan di dalam udara yang panas kita juga bertanya :
Kita ini dididik untuk memihak yang mana ?
Ilmu-ilmu yang diajarkan di sini
akan menjadi alat pembebasan,
ataukah alat penindasan ?
Sebentar lagi matahari akan tenggelam.
Malam akan tiba.
Cicak-cicak berbunyi di tembok.
Dan rembulan akan berlayar.
Tetapi pertanyaan kita tidak akan mereda.
Akan hidup di dalam bermimpi.
Akan tumbuh di kebon belakang.
Dan esok hari
matahari akan terbit kembali,
Sementara hari baru menjelma.
Pertanyaan-pertanyaan kita menjadi hutan.
Atau masuk ke sungai
menjadi ombak di samudera.
Di bawah matahari ini kita bertanya :
Ada yang menangis, ada yang mendera.
Ada yang habis, ada yang mengikis.
Dan maksud baik kita
berdiri di pihak yang mana !
(1977,W.S. Rendra)
Tuesday, August 25, 2009
Sunday, August 23, 2009
Maju Tidak Gentar !!!

Bismillahirrahmanirrahim,
Ada orang kata saya bernasib baik,ada orang kata saya agak gila. Bernasib baik kerana selamat daripada kemalangan yang agak tragis. Dan mengatakan saya gila, sebab lepas kemalangan pun masih nak keluar... luka masih belum sembuh, tapi gaya slambe nak mampos.
Hari Rabu yang lalu, saya kemalangan. Motor yang saya naiki bertembung dengan kereta Waja, kereta yang bergerak dari arah bertentangan untuk masuk ke PKNS. Kereta tersebut tidak menjangkakan yang motor saya sedang laju meluncur ke depan. Maka, berlakulah kemalangan.. bukan tak pernah jatuh motor... tapi mungkin ini yang paling ekstrim setakat ini.
Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah membantu saya. Keadaan saya pada itu, sangat memerlukan pertolongan anda. Seluruh badan saya kebas, hanya pandangan mata yang sayup-sayup terbuka melihat anda membantu saya. Suasana malam, menghalang saya untuk mengecam wajah-wajah yang telah membantu saya, tapi saya mengingati suara anda...suara-suara yang memastikan saya sedar dan terus bersabar. Brother-brother yang tolong mengangkat motor saya yang separuh musnah. Terima kasih saya ucapkan.
Saat itu, mulut saya hanya memuji-muji Allah s.w.t kerana menghadirkan anda disaat-saat saya sangat memerlukan pertolongan. Saya dikejarkan dengan ambulance ke Hospital Serdang, saya mengingati petua yang diajar kalau kemalangan teruk, jangan banyak bergerak. Alat yang berada di leher saya, adalah untuk mengelakkan daripada kecedaraan tengkuk.
Brother yang berada dalam van ambulance, memberitahu saya bahawa jika melihat kepada keadaan motor dan kereta, saya sepatutnya bersyukur banyak-banyak kepada Allah... dan memang saya bersyukur.
Sekarang saya berdiri, berdiri dilingkungan para penumpang KTM, daripada UKM Bangi menuju ke Taman Paramaount, Petaling Jaya. Tidak mahu terlepas, saya gagahkan diri untuk pergi bersama sahabat saya seorang lagi, Ijal. MARSIS adalah keluarga saya, keluarga kami, dulu,kini, dan selamanya... mestilah saya perlu menghadiri walaupun hanya sekejap sahaja. Jangan nak manja... saya katakan pada diri sendiri... kemudian saya tersenyum sendiri, melihat kepada perangai empunya diri.
Ijal memberitahu dalam keadaan hujan kepada saya...
"Pul tahu tak sekarang nie... sama jak macam yang kita pernah lalui dahulu... naik
KTM... dan enta... lari macam nie... cari tempat program ???"
" Hahaha... ana ketawa... sebab tu ana bawak enta sekali...hehe".ringkas saya katakan.
" Tapi..jal.. nanti enta bawaklah motor... ambil motor kat sarawak tue... ana punya masuk
workshop kan..."
"Kita mesti berikan yang terbaik kepada orang lain...meskipun kita tidak dalam keadaan itu!!!. Melihat orang gembira akan menyebabkan anda gembira... dan anda akan lebih gembira jika sumber kegembiraan itu datang daripada diri anda sendiri".
Meskipun hanya separuh hari dan bersama-sama berbuka puasa dengan family-marsis... kami sudah terasa puas. Dan saya yakin begitu juga, sahabat Marsis yang datang daripada Utara, Selatan, Pantai Timur dan Lembah klang. Apalah sangat perjalanan kami jika dibandingkan dengan sahabat yang lain. Pengorbanan anda untuk menghadiri program ini merupakan satu penghargaan yang patut diberikan kepada diri kita masing-masing.
Tahniah dan Syabas saya ucapkan...!!!
Tuesday, August 4, 2009
Jalan - Jalan Kota Raya !!!
Bismillahirrahmanirrahim...

Gua dengan brader-brader seangkatan jalan-jalan kat kota raya. Kitaorang janji nak jumpa kat Masjid India , tempat lepak masa dulu-dulu... nak cari mood dan ambik nostalgia lalu.
Pastu bila dah jumpa, lepak lah sambil tengok orang ramai dan gelagat manusia... ramai jugak orang pakai mask suria baja hitam nie...gua pun ada tapi malu nak pakai... bernafas pun susah.
Ramai pulak brader polis kat sini... diorang tengah tunggu solat zohor kot... Bro !!! Masjid India diorang solat jemaah lewat sikit.. tak macam masjid biasa kat kota raya nie... gua nak tanya berapa lama dah duk KL nie ???
Pastu bila dah jumpa, lepak lah sambil tengok orang ramai dan gelagat manusia... ramai jugak orang pakai mask suria baja hitam nie...gua pun ada tapi malu nak pakai... bernafas pun susah.
Ramai pulak brader polis kat sini... diorang tengah tunggu solat zohor kot... Bro !!! Masjid India diorang solat jemaah lewat sikit.. tak macam masjid biasa kat kota raya nie... gua nak tanya berapa lama dah duk KL nie ???

Ini antara member-member gua, takda keja, lepak dan kadang main kejar-kejar kat kawasan nie. Mungkin kawasan ini, track dia agak menarik... senang nak cilok dan cari port baik.. belakang kedai pak indon pun boleh.

Diorang mesti tengah tunggu gua, conform korang tak dapat cam punya ... gua pakai mask macam mana nak kenal...
Kadang-kadang keadaan kecoh gak.. pegawai DBKL datang... jadi bertempiaran lah peniaga-peniaga jalanan nie.. huh... cari makan, nak buat macam mana.Kadang - kadang brother polis pun lari gak.. tapi saya tengok mana ada pencuri, rompakan pun takda... ini mesti kes... kesan tekanan daripada kerja la nie...
Menyampah jugak tengok diorang tue... relaks bro !!! gua just nak ambik angin kat sini... bukan nak main asap tue...

Tengah main kejar- kejar dengan member kat Sogo, terserempak plak dengan bro nie... ini mesti kes terlebih makan tom yam mamak nie... bukan main merah lagi muka... haha.. macam serupa je dengan saya...

bukan menangis pun... cuma air mata mengalir tiba-tiba... brother kat belakang tue.. lagi dasyat...ada kelas menyelam kot lepas nie... patut saya kena beli sama macam dia gak.. tak tahulah... sape masak... asap dia pedih sangat nie !!! per... mengalir air mata gua !!!

Bro... lepak dulu kat tangga tue... Asar tak masuk lagi.. gua nak beli cempedak goreng jap... bau tak tahan..sedap..mmm... lagipun nak hilangkan kesan asap masakan amoy tadi... tak hilang-hilang lagi nie...

Tak kira port... pasu bunga pun kita jadikan teman setia... letih.. jongging kesana- kemari... kadang-kadang main senapang air, beli dengan bapak kabupaten tadi...
Apapun gua dan brader-brader nie.. bersyukur pada Allah... sebab semua yang kami impikan tercapai pada hari itu... dah lama tak main sama-sama.
Gua rasa ini salah satu cara gua, untuk motivasikan diri sendiri... Gua kan designer Motivation System... Mesti buat uji kaji, selidik, dan buat penilaian sejauh mana ia berkesan.
Dan.. Gua gembira... Memang berkesan... Anda bagaimana plak ???
Subscribe to:
Posts (Atom)
