Friday, March 16, 2012

~Sudikah ? ~

~ Sudikah berjalan bersama saya... ? ~

Sudikah ?

Dalam perjalanan ini… kita berjalan mencari maksud diri. Allah telah mengatakan kita sebagai hamba kemudian Allah letakkan sebagai pemimpin. Mencorak kehidupan dunia mengikut peraturanNya atau kehendak diri kita sendiri.

Setelah itu kita membesar dan belajar. Melepasi setiap satu peraturanNya, yang semakin melihatkan kita kepada diri atau malang melupakan diri sendiri.

Hidup adalah mengenai impian dan cita-cita. Ianya menjadi tunjang dasar kepada sebuah perjalanan.
Yang nyata semakin membesar maka kehilangan semakin ketara, membuat kita bertanya. “ Kita juga akan seperti mereka”. Memang kita juga akan seperti mereka, yang berbeza adakah kita juga akan sama arah dan destinasi seperti mereka.

“ Gua sedang muhasabah nie bro… dah 25 tahun rupanya gua hidup… mungkin ada masa 3 tahun lagi… mungkin juga setahun…mungkin esok… kita bertemu denganNya”

Meniti hari-hari ini, kita melihat drama manusia… mempunyai watak yang berbeza. Terkadang kita lupa kita juga salah satu darinya. Yang menyebabkan kita lupa, aku, kita dan kamu ada peranan. Watak itu pasti dikenang samada baik atau buruknya… menjadi traskrip manusia seterusnya. Kita boleh pilih ?

“Gua boleh pilih menjadi apa ? “
“ Jadilah apa-apa pun… yang penting kamu baik kepada diri kamu dan orang lain !!!”

Coretan di sebuah bukit ~~~

Thursday, March 1, 2012

24/02/2012


24 Februari 2012 :

" Assalamualaikum... abang tahu kah hari nie hari apa ? Adik gua bertanya...

ya... hari Jumaat lah...

Hari niee... Hari Jadi abang lah !!! Dengan rasa senang dia memberitahu.

Ya kah... Iya lah Hari Jadi abang lah.... Sambil buat ekspresi nada terkejut...hehe.

Jadi... hadiah abang mana ??? hehe...

Abang mahu nanti ada tukang-tukang urut...
Abang mahu nanti ada buatkan abang air...
Abang mahu nanti ada tolong angkatkan beg abang...
Last sekali abang mahu... mesti dengar cakap mak sama bapak yaa...

Baru boleh abang belanja !!! hehe...
 

Web Page Traffic Counter
Directory Listing