Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita masih diberikan peluang untuk menyambut Aidilfitri untuk sekian kalinya. Dan Alhamdulillah, kerana kita telah pun selesai menjalani ibadat puasa dengan penuh sabar dan istiqamah. Maka Aidilfitri pun menjelma lagi...

"Ajis...!!! kita 2 jak muslimin ???" saya bertanya.
"Iya.. kita 2 orang jak.. untuk pigi beli barang nie..." sahabat saya ajis menerangkan.
"okey lagi bagus...daripada kita beraya di bilik jak.. ini lagi okey..hehe"saya menambah.

Malam itu adalah malam pertama saya bertugas sebagai pemandu program... dengan lesen kereta yang masih muda dan pra- matang. Saya beranikan diri untuk membawa kereta kancil laju menyelusuri lebuh raya KL. Belum pun sempat keluar dari halaman rumah, terdengar bunyi anak kucing mengerang kesakitan. Sahabat muslimat, dengan cepat mencari bunyi tersebut. Rupanya-rupanya saya telah melanggar anak kucing tersebut yang sedang asyik tidur dibelakang tayar kereta kancil ini. Rasa menyesal dan bersalah kerana lalai memerhatikan persekitaran, maka anak kucing ini menjadi korban.

Malam itu, tetap saya teruskan. Ajis sebagai pembantu arah dan kadang-kadang bertindak 'motivator' pun ada.
Malam esok, adalah malam raya.
"Malam esok raya sudah rupanya... ndak terasa bah kan."
"Memanglah.. tidur makan tidur makan..hahaha."
Setelah sampai di Tesco Cheras, kami berpisah dengan imaginasi muslimat yang sedang asyik membeli barang-barang keperluan raya. Saya lebih suka berborak dengan ajis sambil memerhatikan gelagat manusia yang sedang sibuk dengan urusan masing-masing.

" Jom jis !!! kita beli ais krim... pastu lepak-lepak dalam kereta sambil dengar radio lagi baik.
Macam ceroi je kat sini... jom !!!"jelas saya.
"Ajis tolak kuat lagi...!!! Laju lagi... laju LaGI !!! "
"Apalah nasib kita nie pul.. satu demi satu masalah datang...sesat... langgar kucing lah... kereta tak boleh hiduplah.."rungut ajis.
"Tadi aku call mail...dia bagi tahu buat free gear pastu.. tolak laju-laju.. lepas tu masuk gear satu..."aku menerangkan.
"Jis... cepat kita kena settle nie.. paling kurang pun sebelum muslimat keluar dari beli barang. Malu kita nie kalau diorang nampak...".
" Jom...ana plak tolak.. enta drive..." tegasku.
"Tolak lagi pul... laju lagi...hahahaha".
Malam itu, kami bermandi peluh... bengkel pun sudah tutup.
Nampak macam main kereta sorong pun ada.
"Rehat dulu jis, hehe.. dasyat jugak kita malam nie.... "
Setelah keletihan, saya pun pergi berjumpa dengan pengawal keselamatan Tesco. Brother India nie nampak macam garang jeee...
" Alah patut lah !!!!!!!! "

Bersambung....







