Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagiMu ya Allah... yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Engkaulah tempat kami mengadu dan meminta pertolongan, sesungguhnya hanya kepada Mu saja kami berserah, Engkau permudahkanlah segala urusan kami, dalam apapun peranan kami di dunia ini.. Ameen.
16 Ramadhan... Separuh daripada bulan Ramadhan telah pun berlalu... kita hanya mempunyai beberapa hari lagi sekiranya diizikan olehNya untuk mengisi separuh lagi bulan Ramadhan yang penuh barakah ini dengan segala amal ibadah,sedekah dan sebagainya.

Setiap kali bulan Ramadhan... bagi saya mempunyai maksud yang berbeza untuk mengubati hati-hati manusia yang berbeza. Cabaran dan dugaan yang diberikan adalah untuk kita semakin dekat dengan Allah s.w.t, meskipun jalan mungkin berbeza namun yang pasti hala dan tujuan pasti sama.
Teringat nasihat yang diberikan oleh seorang ustaz bahawa Ramadhan ini adalah bulan penyucian, bulan yang mempersiapkan diri kita untuk menghadapi 11 bulan yang seterusnya, maka beruntunglah mereka yang ingin menyucikan jasad dan rohani mereka dan amatlah rugi mereka yang tidak mengambil peluang ini dan mereka langsung tidak mengalami sebarang perubahan kearah kebaikan sekalipun setelah bulan Ramadhan berlalu.

Penerangan ustaz tersebut sangat mudah dan jelas, tambah seorang member saya selalu mengatakan "benda nie pul basic jak nie..." ya memang benda basic, dan benda-benda asas ini lah yang selalu kita lupakan, yang menjadi tunjang agama untuk setiap daripada kita. Apabila perkara asas ini sering kita lupakan, ambil ringan maka sinar Islam dalam diri kita akan semakin malap, tabiat kita bukan lagi menggambarkan akhlak Islami, tanpa kita sedari kita semakin jauh daripada agama.
Asas ini penting, sepertimana pentingnya arus,I dan voltan,V dalam lapangan ilmu elektrikal, pentingnya bahan yang kukuh dalam ilmu pembinaan, begitulah juga dalam agama. Jika dulu kita hanya solat sekali dalam seminggu, maka selepas ini kita boleh melakukan solat 5 kali sehari, jika dulu kita hanya solat bersendirian, selepas ini kita boleh menjaga solat secara berjemaah. Berubah walau selangkah adalah permulaan untuk satu perubahan yang besar.
Untuk brother-brother gua yang merokok... dulu korang merokok... kenapa sekarang boleh berhenti... walaupun kadang korang bukak puasa dengan rokok...saya faham dan kamu juga sedang bergerak ke arah perubahan... jadi teruskan... jangan lagi toleh ke belakang. Itulah adalah perjuangan kamu, cabaran dalam bulan puasa ini... yang menginginkan untuk kita semua berubah kearah kebaikan.

Bro.. !!! Mari kita belajar untuk bersyukur... pasti diri akan merasa cukup. Syukur ini adalah sifat berterima kasih, sifat manusia yang menghargai segala apa yang ia miliki, sifat yang ditonjolkan kepada Allah s.w.t. Apabila kita belajar bersyukur, kita akan rasa tenang, merasa cukup dengan apa yang ada. Walau makanan berbuka puasa kita berbeza, namun kita pasti merasa kenyang. Sifat kenyang inilah yang diberikan oleh Allah kepada semua hambanya tidak kiralah dia kaya ataupun miskin. Lagi dan lagi Allah s.w.t memperlihatkan keadilanNya, hanya kita sebagai manusia yang perlu mengenali dan mencari dengan itu kita semakin sedar betapa kerdilnya kita disisiNya.

Ramadhan ini, marilah kita sama-sama menjadi Mujahid dan Srikandi perjuangan agama yang suci. Bergeraklah dengan kefahaman Islam yang anda miliki, kita tidak perlu menjadi ustaz untuk bergerak dalam medan dakwah ini. Lakukannya atas keadaan anda sendiri, anda sebagai pelajar, pensyarah, cikgu, majikan mahupun pekerja semua kita mempunyai peranan masing-masing.
Agama Islam ini mudah, dan sampaikanlah isinya walau hanya sepatah perkataan sekalipun, jika kita tidak dapat berkata dan berbicara, kita berikan tenaga,ruang, dan peluang kepada diri kita dan para penggerak dakwah yang lain. Jika kita belum bersedia memberikan kepada orang lain, mulakan daripada diri kita. Berikan ruang untuk diri kita bersama dengan majlis-majlis ilmu, ini pun sudah cukup. Kerana selepas itu, anda akan keluar sebagai seorang yang membawa rahmat dan keberkatan kepada keluarga anda, rakan-rakan satu rumah, brother-brother satu kelas, semua ini bermula dengan diri anda,saya dan semua.

Akhir kata, marilah kita merebut segala fadhilat yang Allah s.w.t janjikan pada bulan Ramadhan ini. Tetapkan perubahan,baiki satu demi satu amalan dalam kehidupan kita. Mudah-mudahan Allah s.w.t melihat nilai perjuangan kita, yang bakal menjadi teman semasa kita berjumpa
denganNya. Sekian, wassalam.

No comments:
Post a Comment