Sunday, June 10, 2012

Penglipurlara 8


Menutup mata... Yang ada hanya gelap,
Dalam kegelapan itu timbul cahaya,
Kenapa gelap boleh ada cahaya ?
Kenapa ada cahaya terkadang gelap ?


Setelah hampir 9 purnama Pendekar di sana...


Thursday, June 7, 2012

Sesat Dalam Cahaya


Gua masih tetap duduk disini.

" Kamu tahu apa itu sesat dalam cahaya ". Dia bertanya.

" Macam mana pulak boleh sesat dalam cahaya ? Bukankah sudah ada cahaya, mestilah terang".
  Gua menjelaskan.

Satu demi satu, langkah demi langkah, kaki menuruni tangga yang samar. Dihujungnya sedikit terang mungkin biasan lampu koridor itu. Kelihatan 2-3 remaja sedang asyik dengan dunianya, bermain dengan sinaga-naga. Sambil sinaga-naga itu mengeluarkan asapnya, lantas ia meniup sepenuh egonya.

" Cepatlah akhi... kenapa boleh sesat pulak ? " Gua menarik titik fokus kami kepada perbincangan itu semula. Sambil menunggu seorang teman yang akan datang membawa kami pergi.

"Iyalah... sesat dalam cahaya !!! .
 Ketika Allah memberikan semua jalan untuk dekat kepadaNya, ketika Dia meletakkan bersama orang yang cinta akan agamaNya.

Insan ini cuba bermain serampang dua mata. Meletakkan dirinya sebagai orang yang arif tentang agama, bercerita tentang agama, menjual agama untuk dirinya !!! Mereka inilah yang sesat dalam cahaya. ". Dia menjelaskan.

" Tapi masih tak faham lah... Boleh ke jadi macam nie ? " Gua menambah.

" Apesal tak boleh pulak, ilmu ada tapi pemahaman tak da, ilmu ada tapi penghayatan tak da !
  Menghukum     kesana- sini. Berat.... Rupanya ilmu itu adalah ujian terbesar buat insan ini.
  Mereka   sangkakan mereka telah berada dalam cahaya agama, tetapi mereka sebenarnya telah sesat  dengan ilmu mereka. ". Dia menekan.   

" Kalau macam tu... kita bagi touchlight lah !!! hehe ".

Malam masih muda, kota batu ini memang tidak pernah tua. Yang tua hanya  penghuninya, yang muda masih haus dengan nasihat dan panduan, serta perkongsian.

Esok gua akan terbang... sendiri lagi... berperang dengan dunia gua...pertempuran yang tidak pernah habis.


ekolabatta. 

Sunday, June 3, 2012

Change





" Kalau sudi...
Sila datang lagi "

Arrgh.... Jauh perjalanan memang luas pandangan. Setiap peristiwa dan keadaan yang dilalui pasti memberi seribu satu pengajaran bagi mereka yang mengambil faedah darinya. Adik sudah tidur... Emak kadang- kadang menyapa... dengan soalan-soalan yang menjangkau kawalan gua. Kemudian emak akan ulas dengan sejarah keluarga, bagaimana, siapa, dan bila bagi setiap soalannya.

Perjalanan ini seakan mengejar mentari yang semakin surut. Seakan ekor cahayanya berada dihadapan menemani ruang yang kembali gelap. Tidak lama lagi kita akan sampai.

" Memang. Iya lah nak. Memang begitu...." Emak menerangkan.

" Owh.. iyakah". Gua tersipu. Nampaknya bukan jalan raya ini sahaja yang berliku. Hidup seorang manusia memang penuh warna-warni. Yang beza ialah bagaiman kita memandangnya.

" InsyaAllah kamu jugak... bila ada jodoh nanti." emak menambah.

Kereta semakin berkurang... sekali sekala hanya berteman lori yang turut menggunakan jalan yang sama.
Keadaan diluar sungguh indah.... Bulan sangat terang... Bintang sangat berseri. Andai saja gua boleh rakamkan beberapa potret, bertambah lagi lah koleksi mini galeri itu.

" Hehe.... kan gua dah kata... berani pilih ... mesti berani hadapi.. bro !!! Kita tak boleh nak bandingkan, kerana kita ada pemalar dan pembolehubah yang berbeza. Betul tak ? "

Perbincangan itu datang... seolah mesin waktu sedang bermain disebelah. Mengimbas. Semakin ditinggalkan, ia semakin hilang dari ingatan. Hanya menunggu masa untuk ditayang semula.


Melakukan perubahan. Tidaklah semudah yang disangkakan. Ia perlukan kepada sebuah langkah awal. Sebuah perubahan yang berbeza dengan biasa. Perubahan yang sedikit itu yang berkadar langsung dengan masa akan menghasilkan satu titik tuju yang lain. Perubahan sedikit itu akan memberi kesan yang besar kepada sebuah perjalanan.

Antara selang masa itu nanti... gua pasti menjadi seorang yang lain. Seorang yang perlu gua fikirkan sekarang. Kerana langkah itu dibawah kawalan gua.

InsyaAllah... mesti tuju destinasi.
 

Web Page Traffic Counter
Directory Listing