Monday, December 12, 2011

Kabus


" Ini betul-betul... bukan cuuuubaan !!! "

Kalau ada cahaya.... kamu mahu didepan atau dibelakang cahaya ??? Argh... blackout pula...

.... Mmmm

“.... Maka orang-orang yang beriman kepada-Nya, menolong-Nya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al Quran) merekalah orang yang beruntung.”

(Al-A'raf: 157)

Sunday, December 11, 2011

Pancing

Mmmm..mmmm" Aduh... aku bab mancing-mancing lah yang lemah nie. Paling best tu buat waktu malam, tidur pun jadi priority ke dua, pemandangan pun cantik satu colour je... silau dah mata nie.. kena sinar torch light tue. Dah lah tangan letih... pegang joran berat nak mampos nie... topik pun best... sunyi je... sekali sekala dengar bunyi menderau dari orang sebelah. Hampeh.. boleh pulak dia terlelap." Mmmm... mmmm...


Mmmmmm....mmmmmm " Tenang pulak rasanya... Allah cantiknya bulan... indahnya bintang-bintang... bila lah Ultraman Taro nak sampai... dia janji dari aku kecik lagi... kata nak pagi pen ajaib tue.. tak sampai-sampai lagi... sesat kot... almaklumlah kat atas tu mana ada signboard... hilang pulak hal-hal kerja masa nie... benda-benda karut pulak yang datang." Mmmmm...mmmm..


Mmmmm....mmmmm " Sejuk pulak angin nie... yang aku pergi pakai baju nipis nie apasal... patut bawak sleeping bag... masuk dalam kepompong kemudian mancing... wah bestnya... !!!! Eh.. kesitu pulak..." Mmmmm....mmm.


Mmmmm...mmmm " Entah bagaimana khabarnya ? Sihatkah dia... Gembirakah dia... Allah berikan dia kekuatan... Kasihanilah dia dengan RahmatMu... Pulihkan semangatnya seperti sediakala...seperti yang aku kenali dulu... ameen. Bangun !!!! Boleh pulak sampai kesitu... ish...ish..". Mmmmm...mmm.

Mmmmm... Patutlah ramai orang mancing... kamu mancing benda lain kan...hehe.

Thursday, December 8, 2011

Kembara

Gua teringat...

Ada 2 perkara, pertama adalah dalam kawalan, kedua adalah diluar kawalan.
Pemalar dan pemboleh ubah ...

Mungkin kita pernah mengembara, dirasakan telah siap seadanya, dirasakan telah kuat seadanya, telah cukup segala persiapannya. Lantas kaki itupun melangkah, langkah demi langkah. Telah terbayang apa yang bakal dilihat dihadapan, antara bayang-bayang dan angan-angan. Detik itu adalah dalam kawalan.

Kemudian... kita sedari atau tidak ianya hilang satu persatu, tertinggal, hilang, menghilang, terlalai, dilalaikan, semua adalah bukan kehendak, tapi ia berlaku. Detik itu adalah diluar kawalan.

"Hidup ini bukanlah berkisar kepada berapa banyak kali dugaan, tetapi sejauh mana kamu sanggup menahan dugaan !!! ". Noktah Hidup 1.

"Latihan silat ini bukan untuk melatih kamu menjadi kuat... tetapi supaya kamu tahan pukulan... supaya kamu tidak letih... mempunyai tenaga dimula dan akhir gelanggang ". Noktah Hidup 2.

Hamba, bagaimana mahu mengaku beriman sedangkan belum diuji ? Harus diuji, kemudian iman akan datang. Iman hamba ada pasang surutnya, maka ujian akan datang silih berganti, untuk menyegarkan Iman.

Teman, kita sedang diuji dalam pentas masing-masing. Berbeza watak dan cerita. Yang pasti hanya satu, sejauh mana pengharapan kita kepada yang Maha Esa. Sejauh mana pengharapan kepadaNya. Kita hidup dalam 2 ruang lingkup itu, dalam dan luar kawalan, seharusnya membuatkan kita lebih sedar mengenai kekurangan.

Kekurangan yang bernama Hamba.

 

Web Page Traffic Counter
Directory Listing