Sunday, January 31, 2010

Saturday, January 23, 2010

Dongak


"Ana accident Chenta syeikh !!!" jelas gua.
"Kat mana ?" dia tanya.
"Kat mana lagi... kat simpang tu lah.."
"Pastu apasal enta tak elak ??? " soalnya.
"Macam mana... ruang tu luas sangat... bila ana nak cilok...tak sempat !!!"
"Ish-ish...kesian" sambi dia mendongak. Berlalu dengan lagunya...

"Dalam selimut pun tercabut nyawa mu
Kemana juga usah cuba sembunyi
Berlari... Nanti penat dan patah kaki sendiri
Sembunyi... Nanti hilang ditelan diri sendiri

Sedetik sesaat tercatit untuk mu
Dikiri tersenyum dikanan menangis
Mengira berapa yang untung dan rugi darimu
Mengira hingga tamat tempoh dalam dunia ini."

Sunday, January 17, 2010

TeRIMA berIBU-rIBU KaSih !!!

Bismillahirrahmanirrahim...

"Dalam persoalan dunia seharusnya kita melihat kepada orang-orang yang kurang bernasib baik, bagaimana kita mempunyai anggota badan yang sempurna, namun ada juga tidak sempurna tubuh badannya. Kamu boleh menulis menggunakan jari, namun ada juga orang yang terpaksa menggunakan kaki."

" Tapi serabutnya umat manusia hari ini, persoalan dunia, mereka bandingkan dengan orang yang lebih bernasib baik daripada mereka.... jadi kemana arah tujunya... dimana titik perhentiannya !!!"


"Manakala dalam persoalan akhirat... seharusnya kamu melihat kepada orang yang lebih hebat daripada kamu... bagaimana kamu yang telah menjaga solat 5 waktu boleh menilai diri kepada orang yang boleh menjaga solat di awal waktunya. Kamu yang menutup aurat dengan orang yang aurat dan pemakaiannya sebagai bahan dakwahnya...".

" Begitulah... malang umat masa kini, melihat dalam persoalan akhirat kepada orang yang lebih kecil amal daripadanya. Membuatkan dirinya merasa cukup, merasakan dirinya lebih hebat berbanding yang lain...".

"Begitulah anak muda... mudah-mudahan ada manfaatnya untuk kita bersama".

" Kamu ini bukan calang-calang orang... Gunakan sebaik mungkin masa muda mu... wahai orang muda !!! ".

Sunday, January 10, 2010

Bro ini Se !!!

Bismillahirrahmanirrahim...

"Aku rasa aku sebagai bayang pun akan penat juga pagi ini... apalah punya tuan !!! Tak pernah jogging tiba-tiba pagi nie nak buat marathon lah plak" kata si bayang-bayang.

"apa lah bro.. dah kata tadi.. topi koboi tu berat sangat...nak pakai jugak !!! ah.. bahagialah kat belakang tue" tegas si bayang.

Gua pun Se juga...

Se, Dua, Tiga... Satu lagi tak cukup ??? Korang lah tak datang. Apolah !!!!

Sunday, January 3, 2010

Bulan


Mari duduk bersama ku...
Nah ambil cawan mu...
Isi sendiri dengan air teh ini...

Mari duduk bersama ku...
Bukan duduk disebelah ku...
Ruang itukan luas lagi...

Mari duduk bersama ku...
Lihat benda yang tidak perlu berbayar...
Kuih dan biskut ku pulak yang habis kau telan...

Mari duduk bersama ku...
Bukan selalu kau bersama ku...
Aku dan kau perlu ada...

Barulah kita boleh bersama.

Saturday, January 2, 2010

Apa Yang Penting ??? Kerjasama !!! (1)

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji gusti Allah yang memberikan kita satu hari lagi. Hari pengampunan, hari amalan, dan hari pengharapan. Marilah kita menyambut hari-hari baru ini dengan penuh bijaksana dan sabar,sebagai seorang insan yang menempuhi liku-liku kehidupan.


Aku tahu kamu sakit, penat dan letih. Tapi kenapa ada yang sanggup mengangkat sahabatnya yang lain ? Kenapa perlu ada orang yang ditindis, sanggup berada di bawah demi mengangkat sahabat yang lain. Kenapa kemudian itu, kamu senyum??? Kamu ketawa... ketawa bersama... Kamu jatuh dan cuba lagi... Dan kamu gagal lagi.


Kemudian kamu ketawa dan gembira... Kepuasan terpancar di wajah kamu... Apa yang kamu rasai itu.. itulah yang kita namakan Ukhwah. Persahabatan yang sedia untuk memberi dan menerima, bersedia untuk berkorban demi mencapai tujuan. Kamu tidak gagal... tetapi kamu telah Berjaya Menghadapi Kegagalan.. SyaBAS !!!


Dimana pun boleh solat... asalkan tempat itu suci. Lagi best berjemaah dengan kawan.



Diorang nie antara kumpulan yang last sekali.... Tengok muka... memang tak sabar.
Kelam -kabut cari check point seterusnya.

Dengar ceramah pun... sempat lagi bagi pose yang menarik. Remaja sekarang... mesti ada Gaya, Mutu dan Keunggulan. Kamu la tue !!!


Antara pose yang menarik sepanjang program Muslim Intensive Training'09.





Apa yang penting Kerjasama !!!! Mari belajar untuk mencari kesamaan bukan mencari perbezaan.
 

Web Page Traffic Counter
Directory Listing