Sunday, October 31, 2010

Penglipurlara 7

Dia memasuki pintu gerbang.... pintu gerbang kampung Putrajaya...dengan ucapan

" Selamat Datang ... Sila Tinggalkan Ideologi
Dan Fahaman Anda Di Sempadan Ini
".

Begitu sibuk... unta , kuda dan beca silih - berganti.

Pukul 9 pagi, kelihatan petugas-petugas awam masih tenang, bersembang kosong, dengan jari menyelit sekuntum cerut. Berlumba-lumba menghasilkan awan yang bisa menurunkan hujan.

Selamat datang tuan hamba !!! kata pemuzik jalanan ini.

Selamat datang ke Putrajaya !!! Jangan risau tuan hamba akan sentiasa berteman bila berada di sini.



Lagu ini untuk kamu wahai strangers !!!! Kami tujukan untuk kamu !!!

Selamat Datang ke Putrajaya !!!!

Saturday, October 30, 2010

Penglipurlara 6

Tahu tak... plus minus 1/3 daripada umur kita... lu dan gua wakafkan untuk menuntut ilmu. Ilmu apa dan kemana... itu lu-lu gua-gua punya pasal lah. Kalau macam lu nie... conform tak dapat diselamatkan dah.

mmm... ni apasal tak cari pihak ketiga jee... asyik kita je nak bantai...

Sejarah telah membuktikan...chewah !!! Jangan marah ya !!! kata namanya usrah. Jadi sekarang giliran gua pula untuk bersyarah.

Silakan !!!

Pernah tak dengar cerita pasal Dr. Jackle and Mr. Hyde ???

Tak pernah.... Kenapa bro ?

Takda, saje nak buat conversersation ini lebih menarik...chewah.. macam give and take lah bro...hua..hua !!!

Tapi...bro. Macam ada jee orang perhati perbualan kita nie... macam dia tahu jee.. apa yang kita nak cakap. Ish... bahaya nie ...

Takpe... okay lah.. boleh jadi saksi. Ada apa-apa kita tarik dia sekali nanti. Sape suruh... tak bagi salam.



Apa dia tuan hamba ? Tolonglah jangan ganggu patik.

Bukan ganggu tuan puteri....ini ziarah namanya...

Hamba sekadar datang menjenguk bunga di taman, sementara kumbang telah jauh pergi.
tuan puteri...tuan puteriii..... sudi lah kiranya menerima sekuntum bunga chenta ini plus with pakej percutian 3 hari 2 malam bersama hamba...hehe. Nak lah....Ikhlas nie tuan puteri.

Kumbang patik memang telah pergi tuan hamba, tidaklah bermakna binatang liar boleh menumpang lalu.

Puteri berbicara lantang. Pemuda seperti ini langsung tidak akan diberi peluang untuk memanipulasi keadaan dirinya.

Sementara itu...

Dalam keadaan yang samar, Pendekar sedang khusyuk bersama alunan zikir-zikir mathurat. Tempat dia berehat sebentar sebelum sampai ke kampung Putrajaya, sebuah pondok yang usang hanya muat untuk dirinya berbaring.

Dia melihat ke atas, seekor labah-labah sedang asyik menyulam sarangnya.

"Wahai sang labah-labah, hebatnya Tuhan menciptakan kamu. Walaupun angin, hujan yang datang namun kamu masih kental, hanya pondok ini yang sedang di makan waktu. Sekadar, menunggu masa sahaja untuk tunduk kepada bumi. "

Sarang itu, bergerak ke kiri dan kanan, kiri dan kanan... kerna ditiup oleh angin yang turut cemburu kepada Pendekar, sambil mencium pipinya sehingga Pendekar larut dalam keletihan senja.

"Mari kawan-kawan. Pendekar dah tidur." Sang angin bersuara.

"Sebaiknya kamu jangan menggangu istirehat Pendekar... wahai bunga suria.." sahut sang labah-labah.

Pendekar lena, dikelilingi oleh makhluh Tuhan yang kasihan, sayang, dan ingin menjaga keselamatan Pendekar.

Aduh...bro. Mengantuknya...nak gak angin macam tu...

Nak angin ??? nah..

Ini apa... bantal lah bro...

Nasib baik bagi bantal... kalau pembantai..hua..hua..

Friday, October 29, 2010

Penglipurlara 5

Ah... Kencana... Pendekar mana !!!!

Kalau ya pun tuan hamba... bagi lah salam dulu....

Pendekar telah pergi. Anak-anak muda yang tidak senang dengan Pendekar, tidak mengetahui ketiadaaan Pendekar.

A'ah.... Assalamualaikum tuan hamba Kencana !!! Dimanakah gerangannya sahabat kamu, Pendekar berada ?

Ar... kan elok macam tu.. tuan hamba. Setahu hamba, Pendekar mendapat arahan Sultan untuk pergi ke luar daerah... outstation katanya.

Outstation.... apa ke benda tu....tuan Kencana ?

Ohh... ini bahasa orang Inggeris, Pendekar yang mengajarnya kepada hamba. Elok lah tuan hamba telah berada di sini. Sepanjang pemergian Pendekar, hamba diamanahkan untuk melaksanakan beberapa perintah di dalam kampung ini.

Apa dia tuan Kencana ???

Pertama sekali, pusat-pusat karok, tempat-tempat tuan hamba bersuka ria sekalian akan dirobohkan selepas ini. Hal ini, kerana perkara-perkara tersebut langsung tidak mendatangkan kebaikan sikitpun kepada rakyat jelata.

Apa dia ??? Cis.... punya Pendekar !!!!

Nasib baik tuan hamba berkata cis... hanya satu sahaja belum hamba nyatakan. Disebabkan sekarang adalah bulan peperiksaan, maka Pendekar membenarkan warung-warung burger buka sampai lewat 1 purnama.

Jadi bolehlah tuan hamba sekalian, menyegarkan minda dan jiwa.

Cis...punya Pendekar !!!!

Adalah lebih baik dia tutup sahaja semua warung ini.
Hamba tahu, Pendekar sengaja ingin menyeksa jiwa dan batin hamba dan teman-teman. Tidak kah dia tahu, kami sangatlah tidak berminat dengan makanan-makanan ringan ini.

Hamba hanya melaksanakan pesanan Pendekar, tuan hamba. Sahut Kencana.

Hua..hua... hampeh.... hampeh...bro !!!

Time exam.. tak makan makanan ringan konon... gua rasa dia lah yang borong kerepek kat kampung tu kot...haha !!!

Pastu yang kat rumah kita nie.. sape plak yang borong ???

Bro... lu jangan tuduh orang lain bro..fitnah nanti. takpe gua mengaku...haha !!!


Hai... lonely puteri.... seorang ke ???

Penglipurlara 4

"Terima kasih bayang ...
Walau hamba berdiri setinggi mulia mana !!!!
Namun kaki kita berdua masih berpijak di bumi nyata.

Terima kasih bayang ...
Walau hamba sedarjat mana !!!
Namun bayang kita berdua masih warna yang sama.

Terima kasih bayang ...
Hamba sedar kamu !!!
Kamu menyedarkan hamba. "

Thursday, October 28, 2010

Penglipurlara 3


"cubit paha kiri, pipi kanan juga terasa !!!! "...

Berada di rumah orang tua ini, seperti hamba pernah alami. Sebuah mimpi yang sering hamba alami di zaman hamba. Bisik hati kecil Pendekar.

Perkataan itu, terukir kemas berada di sebalik tingkap menghadap sungai yang terbentang luas. Dari sudut ini, terpancar cahaya percikan sungai, seakan kelip-kelip di waktu siang. Sedang anak-anak kecil, riang bermain sesama mereka. Ada juga orang kampung yang sibuk, yang sibuk memerhatikan tali air, sumber air utama mereka ke kawasan sawah kampung.

" Atok, apakah maksud peribahasa itu ? Hamba sepatutnya tahu, kalau peribahasa ini pernah wujud. Tapi dizaman hamba, sungguh peribahasa ini belum pernah hamba ketemui." Soal Pendekar.

Ehh ...bro.. Apa nie ?

Eh... pening tak !!! sengaja... nampak sangat kemandoman processor lu...hua hua... nah... HACKS..

hehe..bro... saje je.. niat nak pau HACKS pun..hua..hua.. terimas..

Apa sebenarnya tujuan anak muda datang kemari ? Atok itu bertanya kepada Pendekar.

Sepertinya anak muda bukan berasal dari perkampungan ini. Dari gaya dan intonasi bahasa kamu, atok tahu kamu ini seorang perantau.

Betul atok, panggil saja hamba dengan nama Pendekar. Benar, hamba adalah perantau. Mengembara ke ceruk dan pelusuk dunia hanya untuk memenuhi ilmu di dada.

Ting..ting !!! Ting..ting !!!.

Eh...bunyi apakah itu anak muda ??? tanya si atok.

Oh...atok.. di tempat hamba, umum mengetahuinya sebagai telepon. Atok tak perlu risau, susah hamba nak jelaskan. Jelas Pendekar.

Larr... bro !!! patutlah handset gua hilang. Pendekar kot yang ambik nie.

Japp... lu... handset ke atau hati lu yang hilang ???

Hati jangan main bro... gua tau lah gua sape... taman gua.. rumput pun tak tumbuh lar.

Dah tengok lah pulak.. lu isi apa dalam taman tue !!! Isi lah sikit dengan zikir, bagi kukuh dengan amal... Try buat...pasti ada bunga yang tumbuh...hehe.

Hamba sebenarnya sangat meminati Kesusasteraan Melayu ini, setiap bahasa itu mempunyai cerita dan kisah di sebaliknya. Sewaktu melalui kampung ini, hamba terdengar penduduk kampung mengatakan ada seorang tua yang petah berkata-kata, suka bercerita, dan tinggi ilmunya. Justeru itu saya datang menemui atok. Jelas Pendekar.

Ohhh.. begitu anak muda Pendekar. Atok bukan lah siapa-siapa. Atok hanya hamba, mulut, mata, tangan semuanya hanya pinjaman. Atok hanya memiliki pahala dan dosa, sebagai bekas atas segala perkara yang atok telah lakukan.

Owh... baru lah hamba faham... siapa orang tua ini. Bukan calang-calang. Bisik Pendekar.

I'm wondering bro... if nowadays people like atok is still exist ???

It should be, i think. As far as we try to reach them. I guess.


Maafkan hamba tuan puteri, tempat hamba bukan disini !!! Hamba berasal daripada daerah yang sangat jauh. Sejauh perjalanan suria ini...

Sampai hati...sanggup Pendekar, meninggalkan patik disini ???

Tuan Puteri....hamba tidak sesuai dengan puteri. Di tempat hamba, hamba hanyalah insan biasa. Hamba tidak mempunyai apa-apa. Sungguh puteri adalah lebih sesuai berada di sini. Hamba yakin pasti akan akan ada putera yang baik sesuai dengan puteri...

Lupakan saja hamba tuan Puteri...

Tapi... !!!

Sedarlah tuan puteri... jadilah puteri yang baik, anak yang baik kepada sultan dan permaisuri. Pasti nanti Tuhan... akan menemukan puteri seorang putera yang sepadan dan baik... lebih hebat daripada hamba.


Bro... you make me crying man !!!!

Ergh....what the... leceh lah pulak nak cari tisu nie...

huhu....

Kencana... telah hamba ceritakan segalanya. Hanya tuan hamba sajalah yang hamba boleh percayai sekarang.

Pertemuan rahsia itu ditemani oleh lalang-lalang yang longlai mengikuti tiupan angin senja. Pokok yang menaungi mereka seperti sedang bersama mengamati perbincangan mereka. Burung-burung mula berterbangan pulang ke sarang masing-masing. Jalur senja Maghrib, merah seperti darah, jauh tenggelam bersama dengan matahari.

Bunyi...dentuman gong berkali-kali... disusuli laungan azan Maghrib berirama, mendayu....menyelesuri...memecah,, ruang-ruang angkasa.

Baik... Pendekar. Rahsia tuan hamba akan selamat bersama hamba. Bilakah tuan hamba akan berangkat ?. sahut kencana.

Esok... !!! bersama-sama dengan suria pagi. Sultan telah mengarahkan hamba untuk membongkar keparat-keparat yang berselindung di sebalik amanah dan tanggungjawab mereka kepada rakyat jelata.

Peweet... suspend siut !!! Pendekar nak kemana bro ? cari taman eh...hehe...

Confidential lah bro ...hua..hua...!!!

Penglipurlara 2

........ ...... ... .....

Gua sambung lagi okay....

Mai lah duduk jap.... malam minggu nie.. malam orang muda.

Sebagai seorang bakal Ir. kita mesti mempunyai imaginasi dan fantasi yang tinggi. Kita telah boleh membayangkan statik dan dinamik suatu objek. Menganalisa dan meramal sesuatu keputusan adalah dalam kepakaran kita.

Berbeza dengan konsep hafalan tanpa mengaplikasi atau menghayati ilmu. Maka mereka-mereka ini akan terkedu, terkejut, hilang punca bila permasalahan ataupun situasi itu berlaku diluar daripada jangkaan mereka.

Kuncinya... ialah fleksibel... kita bersedia.

Tahu tidak, dalam prosedur keselamatan NASA, mereka mengamalkan zero causes, menghilangkan segala punca yang boleh mendatangkan bencana. Tip-top lah... safety diorang. Tapi masih juga berlaku kemalangan. Sebab diorang manusia. Cannot predict beyond the future..right.

Tengah buat apa tu...?

Salin...

Salin apa ?

Salin apa yang bro katakan... hehe...

aii... balas dendam ke apa nie ???

Musik please !!!! kita sambung cerita...

Ting...ting...

....Dah dua kali arh... si Pendekar itu memperdayakan kita... Cis... punya Pendekar. Anak-anak gadis mula bertanya siapakah gerangan si Pendekar itu.

Malam sebelum giliran Pendekar memberikan sepatah dua kata ucapan. Anak-anak muda yang dengki kepadanya mula bermesyuarat. Sebuah brainstorming telah dilakukan. Kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman si Pendekar disenaraikan satu persatu.

Pasti esok rancangan kita berjaya... hehe. Mampus engkau Pendekar. Pasti engkau jatuh malu dihadapan semua orang nanti..hehe...

Salam ukhwah salam perpaduan... salam perjuangan !!!

Seperti biasa... Pendekar maju kehadapan. Kelihatan sekumpulan manusia, telah bersedia memegang sepanduk bagi memalukan dia di hadapan pentas itu.

Terima kasih kepada tuan hamba sekalian, atas kesungguhan menunggu ucapan yang bakal hamba sampaikan....

Tuan hamba Pendekar... lekas.. sampaikan apa yang hendak tuan sampaikan kali ini ??? pantas mereka mengadukan soalan.

Baik...

Hehe... jagalah tuan hamba...

Baik... siapakah gerangan yang tahu apa yang bakal saya sampaikan ???? sahut Pendekar.

Yes..mengena. Kami benar-benar tidak tahu, tuan hamba. Manakala pihak di sebelah sana telah mengetahui tentang ucapan yang bakal tuan hamba sampaikan.

hehe... habislah engkau. apa lagi yang engkau nak katakan Pendekar... !!!!

wuuu....wuuu suspend siut ... bro !!!

dah sambung minggu depan...

okay...okay... sambunglah...sambunglah...

semua senyap... hadirin yang datang... sabar menunggu jawapan Pendekar....

kedengaran hanya bunyi daun jatuh berguguran di taman-taman yang sudah berpunya.

baik... jika begitu,,,,

jika begitu....

adalah menjadi kewajipan orang yang ahli...ahlinya... orang yang tahu... untuk memberi tahu kepada mereka yang tidak tahu....silakan kamu yang tahu... memberitahu kepada mereka yang tidak tahu...

maka tidak perlu lah hamba perjelaskan lagi...

hua...hua.... adeh....mantap... you are the man.. bro..

you are the man !!!! gempak siut....

Gua tak gempak bro... gua pun macam lu gak... kadang hilang arah... kadang hilang pedoman. Kadang menjeling gak...hua..hua.

hehe... jeling tak pa bro..... jangan main mata... sudah..hua..hua..

so... moral of the story setakat malam ni apa ?

apa dia ?

Pertama sekali, bila ada masalah, jangan gabra...jangan kecoh... cool je. Ini menunjukkan kematangan kita dalam berhadapan dengan masalah.

Kedua, kunci mengalahkan musuh....
lu boleh percaya kah nie... entah-entah lu nie agen CIA, KGB ke.. hua-hua...

sampei hati...demo kata kat kawe macam tue...

apa yang hairan plak... kehakiman dan sistem pemerintah pun... dah tak boleh percaya skrang..hehe

okay bro...

bang..binjo special untuk brader saya nie...hehe... bagi yang kaw punya.

Penglipurlara 1

Cis !!! tuan hamba !!!

Hamba tak jual chesse.. tuan hamba. Kalau nak beli ada di warung sebelah.

Pandai pula tuan hamba berjenaka...haha.

Sudah.... !!!! Jadi apa maksud tuan hamba datang kemari ?

Ingin beradu tenaga... telah riuh satu buana, mengatakan ada penglipur lara yang hebat berada di kampung ini.

Justeru itu ???

Justeru itu, hamba datang untuk mencabar. Pantang graduan seperti hamba, melihat orang lain gah melebihi hamba.

Tuan hamba mengaji di Universiti mana ?

Ohh... hamba batch majapahit... sekampung dengan Parameswara.

Oh begitu....jadi ?

Jadi... jikalau benar tuan hamba penglipur lara yang hebat. Berikan hamba satu perkara yang belum lagi tercatat dalam mana-mana hikayat Melayu samada dalam hikayat Tun Sri Lanang atau dalam model sastera Sehijau Warna Daun.

Baik... senang dan simple. Soalan hamba, berikan maksud pengertian peribahasa ini...

Tiba-tiba suasana menjadi kabur. Pekikan orang kampung, lalu lintas dihadapan mereka langsung tidak dipedulikan. Mereka seperti mempunyai bahasa mereka sendiri. Saling menunggu dan ditunggu.

Apakah....???? Maksud... ..... .... cubit paha kiri, pipi kanan juga terasa ????

Toing..toing..toing... haha... lawak lah bro...

Lawak...??? apa nie... gua ada cerita lawak... jenaka ke ?

okay..okay... sambung...

kalau macam itu.. nanti lah gua sambung...huahua... okay...kita sambung...

Pendekar !!!! sila bagi sedikit ucapan boleh....

Baik guru...tapi....

Dia memberanikan diri...

ehem....ehem... Hadirin dan hadirat... ladies and gentlemen... adakah tuan hamba semua mengetahui... apakah yang bakal hamba katakan ini ???

Tidak..Tidak !!! Sahut murid yang lain.

Kalau begitu...tiada guna hamba sampaikan... rugi... kerana tuan hamba sekalian tak akan ketahui.. tak akan faham.

Hua...hua... lawak siut Pendekar ni.. bro...

Hamba memang tak puas hati, minggu lalu dia kenakan kita.... minggu ni.. kita semua kena sepakat. Biar si Pendekar itu, mendapat denda daripada guru...hehe..

Baik.. silakan dengan ucapan kamu Pendekar !!!!

Baik guru...

Dia melangkah....

Adakah kalian mengetahui... apa yang bakal saya sampaikan ???

Minggu lalu kita kata tak tahu... dia tak bagi ucapan.

Mestilah kami semua tahu apa yang tuan Pendekar akan sampaikan....huahua.

Baiklah... kalau begitu...
tiadalah guna hamba sampaikan lagi... sebab tuan hamba semua dah tahu...

...hua !!! hua !!!! adeh... air-air bro...... tak tahan nie.. haha... jiran sebelah pun boleh bangun nie..haha...

apasal lu tak gelak guna mikropon tu jee.... !!! hua..hua...

kira-kira otak kita dah kosong tak bro !!! nak masuk benda baru pulak nie... untuk esok punya periksa...

entah... cuba lah right click otak tu... haha....

Monday, October 25, 2010

Maaf



wahai bintang kejora,
yang sinar dan kilauannya,
telah berada di hati.

maafkan saya,
memuji tanpa berarah,
berjanji tanpa suara,
saya masih di sini,
bertarung dengan diri,
demi untuk mereka,
demi sebuah kehidupan.

maafkan saya.

Sunday, October 24, 2010

sama RASA




ahh....ahh..... !!!!! argh !!!!!

alamak bro.. dia dah mula dah...

gua baru nak masuk mukaddimah exam nie...
tak bagi can langung lah...

tapi boleh ke bro... dah tengah malam nie...?

takpe diorang tidur guna earphone...

kita sebagai pendengar kena menghargai satu sama lain...
orait.. tak boleh jadi nie... kita kena sambut gak....

1...2.... mula !!!!

arh..!!!! arh!!!! ramai-ramai !!! arh !!!! arh !!!!!

jom teriak sampai pucat... arh !!! arh..!!!! hahaha !!! hahaha !!! adeh...
habis lah.. muqaddimah tadi... haha !!!

Friday, October 22, 2010

Insinyur

Bro...
Jangan tanya gua pasal itu barang...
Gua mengaji ilmu analatikal di dalam kuliah.

Lu punya soalan...
mengaji seumur hidup pun tak khatam...
Itu barang, lu buat sikit, rasa dia banyak...
Lu buat sikit, tafsiran dia pelbagai.

Tapi bro... tengok..dia buat lagi...!!!
Tak tahan nie...argh...
Bila dia buat... gua mesti terbalas.

Takpa lu tak salah...
Yang salah adalah si terbalas...
Lu tak boleh dipersalahkan.

Aii...bukan main perli lagi...

Dah tak mengaku bersalah..
gua carilah pihak ketiga untuk dipersalahkan...


Tahun Akhir

Andai ada tahun akhir ...
Andai ada bulan akhir ...
Andai ada hari akhir ...

Andai itu rupanya tiada...

Yang ada hanya aku dan kamu,
Yang itu pasti.

Sunday, October 17, 2010

ameen.

"Bila kita baca doa... mesti cakap ameen.

Kenapa ?

Sebab, sebagai tanda supaya doa kita diterima. Bahasa Melayu pun boleh, lagi bagus. Supaya boleh kita hayati."

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Engkaulah yang mengetahui isi hati kami,
Engkaulah tempat kami mengadu, meminta pertolongan.

Wahai Tuhan kami,
Ampunilah dosa bapak dan mamak kami,
hanya doa ini saja yang mampu kami berikan sekarang,
Peliharalah mereka dari segala bala bencana,
Kerana kami masih tidak berupaya, tidak berkuasa,
memberikan keselamatan kepada mereka.

Engkau berikanlah kesihatan kepada mereka,
kerana mereka sanggup berkorban untuk kami,
bersusah untuk kami,
semuanya untuk kami,
tidak mahu kami rasa susah seperti mereka,
mahu kami rasa senang,
mahu kami rasa gembira,
Wahai Tuhan kami... hanya ini yang kami pinta.

Ya Allah, ya Tuhan kami,
jadikan kami anak yang soleh,
supaya amal dan pahala kami untuk bapak dan mamak kami,
agar segala penat lelah mereka terubat dengan doa kami,
agar tenang hati mereka dengan kehadiran kami.

Wahai Tuhan yang Maha Mendengar,
tiada tempat kami mengadu,
bukan kepada bapak dan mamak kami,
tapi kepada Engkau yang Maha Mengetahui,

Berikan yang terbaik dalam hidup kami,
jadikan kami yang terbaik untuk bapak dan mamak.

Kami menagih janjiMu,
janji memperkenankan doa-doa hambamu,
ameen ya rabbal alamin.

Monday, October 11, 2010

doa buat Kekasih

Gua...

Sedang mencari doa buat Kekasih...
 

Web Page Traffic Counter
Directory Listing