Ah... Kencana... Pendekar mana !!!!Kalau ya pun tuan hamba... bagi lah salam dulu....
Pendekar telah pergi. Anak-anak muda yang tidak senang dengan Pendekar, tidak mengetahui ketiadaaan Pendekar.
A'ah.... Assalamualaikum tuan hamba Kencana !!! Dimanakah gerangannya sahabat kamu, Pendekar berada ?
Ar... kan elok macam tu.. tuan hamba. Setahu hamba, Pendekar mendapat arahan Sultan untuk pergi ke luar daerah... outstation katanya.
Outstation.... apa ke benda tu....tuan Kencana ?
Ohh... ini bahasa orang Inggeris, Pendekar yang mengajarnya kepada hamba. Elok lah tuan hamba telah berada di sini. Sepanjang pemergian Pendekar, hamba diamanahkan untuk melaksanakan beberapa perintah di dalam kampung ini.
Apa dia tuan Kencana ???
Pertama sekali, pusat-pusat karok, tempat-tempat tuan hamba bersuka ria sekalian akan dirobohkan selepas ini. Hal ini, kerana perkara-perkara tersebut langsung tidak mendatangkan kebaikan sikitpun kepada rakyat jelata.
Apa dia ??? Cis.... punya Pendekar !!!!
Nasib baik tuan hamba berkata cis... hanya satu sahaja belum hamba nyatakan. Disebabkan sekarang adalah bulan peperiksaan, maka Pendekar membenarkan warung-warung burger buka sampai lewat 1 purnama.
Jadi bolehlah tuan hamba sekalian, menyegarkan minda dan jiwa.
Cis...punya Pendekar !!!!
Adalah lebih baik dia tutup sahaja semua warung ini.
Hamba tahu, Pendekar sengaja ingin menyeksa jiwa dan batin hamba dan teman-teman. Tidak kah dia tahu, kami sangatlah tidak berminat dengan makanan-makanan ringan ini.
Hamba hanya melaksanakan pesanan Pendekar, tuan hamba. Sahut Kencana.
Hua..hua... hampeh.... hampeh...bro !!!
Time exam.. tak makan makanan ringan konon... gua rasa dia lah yang borong kerepek kat kampung tu kot...haha !!!
Pastu yang kat rumah kita nie.. sape plak yang borong ???
Bro... lu jangan tuduh orang lain bro..fitnah nanti. takpe gua mengaku...haha !!!
Hai... lonely puteri.... seorang ke ???

No comments:
Post a Comment