Sunday, October 17, 2010

ameen.

"Bila kita baca doa... mesti cakap ameen.

Kenapa ?

Sebab, sebagai tanda supaya doa kita diterima. Bahasa Melayu pun boleh, lagi bagus. Supaya boleh kita hayati."

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Engkaulah yang mengetahui isi hati kami,
Engkaulah tempat kami mengadu, meminta pertolongan.

Wahai Tuhan kami,
Ampunilah dosa bapak dan mamak kami,
hanya doa ini saja yang mampu kami berikan sekarang,
Peliharalah mereka dari segala bala bencana,
Kerana kami masih tidak berupaya, tidak berkuasa,
memberikan keselamatan kepada mereka.

Engkau berikanlah kesihatan kepada mereka,
kerana mereka sanggup berkorban untuk kami,
bersusah untuk kami,
semuanya untuk kami,
tidak mahu kami rasa susah seperti mereka,
mahu kami rasa senang,
mahu kami rasa gembira,
Wahai Tuhan kami... hanya ini yang kami pinta.

Ya Allah, ya Tuhan kami,
jadikan kami anak yang soleh,
supaya amal dan pahala kami untuk bapak dan mamak kami,
agar segala penat lelah mereka terubat dengan doa kami,
agar tenang hati mereka dengan kehadiran kami.

Wahai Tuhan yang Maha Mendengar,
tiada tempat kami mengadu,
bukan kepada bapak dan mamak kami,
tapi kepada Engkau yang Maha Mengetahui,

Berikan yang terbaik dalam hidup kami,
jadikan kami yang terbaik untuk bapak dan mamak.

Kami menagih janjiMu,
janji memperkenankan doa-doa hambamu,
ameen ya rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment

 

Web Page Traffic Counter
Directory Listing