Thursday, October 28, 2010

Penglipurlara 2

........ ...... ... .....

Gua sambung lagi okay....

Mai lah duduk jap.... malam minggu nie.. malam orang muda.

Sebagai seorang bakal Ir. kita mesti mempunyai imaginasi dan fantasi yang tinggi. Kita telah boleh membayangkan statik dan dinamik suatu objek. Menganalisa dan meramal sesuatu keputusan adalah dalam kepakaran kita.

Berbeza dengan konsep hafalan tanpa mengaplikasi atau menghayati ilmu. Maka mereka-mereka ini akan terkedu, terkejut, hilang punca bila permasalahan ataupun situasi itu berlaku diluar daripada jangkaan mereka.

Kuncinya... ialah fleksibel... kita bersedia.

Tahu tidak, dalam prosedur keselamatan NASA, mereka mengamalkan zero causes, menghilangkan segala punca yang boleh mendatangkan bencana. Tip-top lah... safety diorang. Tapi masih juga berlaku kemalangan. Sebab diorang manusia. Cannot predict beyond the future..right.

Tengah buat apa tu...?

Salin...

Salin apa ?

Salin apa yang bro katakan... hehe...

aii... balas dendam ke apa nie ???

Musik please !!!! kita sambung cerita...

Ting...ting...

....Dah dua kali arh... si Pendekar itu memperdayakan kita... Cis... punya Pendekar. Anak-anak gadis mula bertanya siapakah gerangan si Pendekar itu.

Malam sebelum giliran Pendekar memberikan sepatah dua kata ucapan. Anak-anak muda yang dengki kepadanya mula bermesyuarat. Sebuah brainstorming telah dilakukan. Kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman si Pendekar disenaraikan satu persatu.

Pasti esok rancangan kita berjaya... hehe. Mampus engkau Pendekar. Pasti engkau jatuh malu dihadapan semua orang nanti..hehe...

Salam ukhwah salam perpaduan... salam perjuangan !!!

Seperti biasa... Pendekar maju kehadapan. Kelihatan sekumpulan manusia, telah bersedia memegang sepanduk bagi memalukan dia di hadapan pentas itu.

Terima kasih kepada tuan hamba sekalian, atas kesungguhan menunggu ucapan yang bakal hamba sampaikan....

Tuan hamba Pendekar... lekas.. sampaikan apa yang hendak tuan sampaikan kali ini ??? pantas mereka mengadukan soalan.

Baik...

Hehe... jagalah tuan hamba...

Baik... siapakah gerangan yang tahu apa yang bakal saya sampaikan ???? sahut Pendekar.

Yes..mengena. Kami benar-benar tidak tahu, tuan hamba. Manakala pihak di sebelah sana telah mengetahui tentang ucapan yang bakal tuan hamba sampaikan.

hehe... habislah engkau. apa lagi yang engkau nak katakan Pendekar... !!!!

wuuu....wuuu suspend siut ... bro !!!

dah sambung minggu depan...

okay...okay... sambunglah...sambunglah...

semua senyap... hadirin yang datang... sabar menunggu jawapan Pendekar....

kedengaran hanya bunyi daun jatuh berguguran di taman-taman yang sudah berpunya.

baik... jika begitu,,,,

jika begitu....

adalah menjadi kewajipan orang yang ahli...ahlinya... orang yang tahu... untuk memberi tahu kepada mereka yang tidak tahu....silakan kamu yang tahu... memberitahu kepada mereka yang tidak tahu...

maka tidak perlu lah hamba perjelaskan lagi...

hua...hua.... adeh....mantap... you are the man.. bro..

you are the man !!!! gempak siut....

Gua tak gempak bro... gua pun macam lu gak... kadang hilang arah... kadang hilang pedoman. Kadang menjeling gak...hua..hua.

hehe... jeling tak pa bro..... jangan main mata... sudah..hua..hua..

so... moral of the story setakat malam ni apa ?

apa dia ?

Pertama sekali, bila ada masalah, jangan gabra...jangan kecoh... cool je. Ini menunjukkan kematangan kita dalam berhadapan dengan masalah.

Kedua, kunci mengalahkan musuh....
lu boleh percaya kah nie... entah-entah lu nie agen CIA, KGB ke.. hua-hua...

sampei hati...demo kata kat kawe macam tue...

apa yang hairan plak... kehakiman dan sistem pemerintah pun... dah tak boleh percaya skrang..hehe

okay bro...

bang..binjo special untuk brader saya nie...hehe... bagi yang kaw punya.

No comments:

Post a Comment

 

Web Page Traffic Counter
Directory Listing