Tuesday, August 31, 2010

Merdeka !!!


"Dari sudut ini, gua melihat menara masjid jamek ini lebih tinggi...".
"Dari bangunan itu, mereka melihat masjid ini agak rendah...".
"Dari sudut sana, keduanya agak sama tinggi...".

Sambil dia melangkah demi langkah beratur untuk sebungkus bubur lambuk.

"Betul tak bro ???"

"A'ah... harap mereka sedar kita masih berdiri di aras bumi yang sama."

"Kalau mereka tak sedar jugak ?"

"Senang... suruh diorang beratur macam kita nie...habis cerita."

"Perg !!! Belajar ilmu mantik ke apa nie ??? hehe.."

"Dah... cepat... nanti ada yang potong line pulak."

Monday, August 30, 2010

Sujud

Ya Allah...
Terima lah penyaksian kami sebagai hamba ini,
Sujud merendah diri dihadapanMu,
Mengaku akan kesalahan dan dosa kami,
Mengharap sedikit pembelaan dengan amal kami,
Wahai Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.

Ya Allah...
Terimalah penyaksian kami sebagai hamba ini,
Sujud merendah diri dihadapanMu,
Mencari keredhaanMu dalam batas ilmu kami,
Sungguh tidak mengharap untuk membalas nikmat pemberianMu,
Sekadar bukti ketaatan hamba kepada Sang Penciptanya.

ameen ya Rabb.

"Please man, jagalah sikit pemakan tu ustaz. Exercise lah sikit ustaz. Ini tak, sedikit senaman, pastu sedikit-sedikit nak makan. Eh...ingat boleh diet bulan puasa nie, eh.. tapi makin menjadi lah pulak.

Ustaz...please okay. Sebolehnya kita mahu melihat kader dakwah yang sihat dari segi rohani dan fizikal. Untuk apa ? Sebab perjuangan ini...rantai-rantai dakwah ini, adalah medan waktu yang panjang...jadi kita perlukan nafas-nafas pejuang yang sihat dan tahan lama.

Gua tahulah semuanya ditangan Tuhan. Tapi janganlah cari penyakit. Please okay ustaz, ustazah pun tidak terlupa sekali. Mari kita mengamalkan cara dan gaya hidup sihat.

Boleh tak gua kata macam nie bro ???" Soalnya.

"Boleh...takda masalah...sila-sila tambah !!!"

"Tambah apa ??? Biar jelas arahan tu.. sekarang gua ada 2 keadaan tambah nie. Tambah mana satu ???" Bingkasnya.

"sila-sila...."

"cis...hampeh....."

Sunday, August 29, 2010

Tekad



Juang...
Tidak Gentar...
Tekad...
Tidak Putus Asa...

Aksi si anak muda.

Saturday, August 28, 2010

Anak lelaki


Bila saya kata benda itu...
bapa akan tersenyum-senyum sinis...semakin aktif berbicara...pada masa lalu dan sekarang...
dia tahu anaknya sudah semakin matang dan dewasa...

Bila saya kata benda itu...
mak...akan pura-pura tidak dengar... datang dengan membawa teh dan kuih-muih sambil membuka tajuk bicara yang baru...saya tahu mak sayang saya...

Bila saya kata benda itu...
bapa akan berkuliah...saya senang mendengarnya...pensyarah hidup saya...saya senyap dan perhati... lancar bapa berkata-kata...

Bila saya kata benda itu...
mak kadang tidak setuju... dan bapa akan memberi alasan...
bapa sengaja mengusik mak..
saya cuba buat muka-muka bingung...hehe...

Bila saya kata benda itu...
mak sudah mahu masuk rumah tidur...
bapa masih teman saya diluar...
bersama bunyi ombak dan sinar bintang...

Bila saya kata benda itu...
Tandanya saya sayang sama bapa dan mak...
Saya hanya mahu bilang...
"Terima kasih bapa sama mak...atas segalanya..."


Monday, August 23, 2010

Cahaya

Allah itu Maha Mendengar...
Allah itu Maha Melihat...
Allah itu Maha Mengetahui...
Allah itu jauh sekali dari pandangan... dekat sekali di hati.

"Iya..sudah tentu. Jadi kamu fahamkan. " jelas nenek.

Sambil dia memegang tangan anak muda itu kemudian meletakkan ia tepat di dadanya.

"Disini... dihati." Lama ia pegang sambil melihat anak mata pemuda itu.



"Ingat... walaupun nenek tiada. Hati itu akan sentiasa bersama kamu. Bercakap dengan hati, maka Dia akan dengar. Bercakap dengan hati, maka Dia akan dengar." Pesannya.

Sunday, August 22, 2010

Syiling

Gua rasa... cukup dah duit syiling nie nak buat hantaran...


Tuesday, August 17, 2010

Tin Cahaya


"cepat kamu... si hidup semua tin kamu. Siapa yang nyala nya paling terang ???"

"aku punya lah pul. Mau pigi mana lagi kita ini malam ?"

"selalunya kalau time tarawih kita main tembak-tembak di luar masjid. Semalam belarian diorang pak haji keluar masjid bawak ekor pari...haha."

"haha...tapi sekarang time subuh...mana ada orang di masjid. Nda apa lah... kita jalan-jalan di kampung. Ko ketuk tin tu...kuat-kuat ah.. biar semua orang bangun. Mau disuruh bangun sahur."

"ko rasa ada cewek kah keluar tengok kita ?"

"ada... ko rasa cewek macam mana yang keluar time pagi-pagi nie ? rambut panjang, kain putih masuk senarai kah ?"

"si tellengong...di cakap lagi...itu namanya bidadari... ini kan bulan puasa... jadi diorang semua jadi baik dan ayu."

" jadi boleh kah tu dikacau.. pul ?"

"mana boleh...ini kan bulan puasa... kita nda boleh kacau-kacau orang nie. kalau jumpa kita jalan jak... jangan berlari...sebab kalau lari ko jak dibelakang. Nda sanggup mau patah balik sudah. Tidak salah untuk kita sopan- santun sesama insan kan. "

" kalau aku mau kacau jugak !!!"

" si kallolo nie... ku kandeto' ulum mu tue..."

Mereka terus dengan aktiviti bulan puasa mereka, maghribnya di masjid menghabiskan juadah puasa, morihnya di masjid menghabiskan juadah selepas tarawih. Berlari-lari, dikejar-kejar juga dimasjid. Bulan Puasa, bulan rahmat untuk semua. Bulan mendekatkan diri kepada dunia empuNya, fizikal mahupun spritual.

Saturday, August 14, 2010

Terima Kasih Ustazah


Terima kasih Ustazah. Nama saya Muhammad Saipul bin Somme. Seperti yang kamu kenal dulu, masih sama dan masih tidak berubah.

Friday, August 13, 2010

Hitam

"Hitam... kenapa Hitam ???"
"Supaya warna yang lain lebih kontra"

"~Yang Hitam Manis...yang hitam manis pandang tak jemu - pandang tak jemu...ewah~"

"eh..eh..masuk...masuk...eh...haha"
"tak boleh bla... masuk je nak ambil chorus.."

"haha... potong line sikit"

kemana

Bukan apa bro !!! Gua sedang melihat kearah beberapa lapis masa depan yang datang. Yang kita rancang adalah dalam satu arah yang sama. Berjalan seusia dengan umur menjelang. Manakala diluar arah itu adalah segala perkara yang tidak kita jangkakan. Kadang baik buat lu kadang baik buat gua. Dan kita sikitpun tidak dapat mengubahnya. Manakala yang kita rancang juga belum tentu akan berhasil. Nampak sangat gua, lu dan mereka sangat naif. Kita takut dan kita mengharap kepada sesuatu.

Persoalannya, sesuatu itu kita sandarkan kemana ? Kepada makanan di bulan puasa ini ? Berharap untuk makan segalanya dan takut dari mulut tidak merasa makanan. Atau kepada status ? Berharap untuk berada di kasta tertinggi maka takut untuk hilang segalanya ? Gua pun tidak tahu bro.

Gua juga takut dan gua juga berharap. Gua merancang masa depan gua. Mungkin sekarang gua lihat diri gua akan begini pada hari esok. Tapi sebenarnya gua juga takut jika ianya tidak menjadi. Sebab ini bukan dibawah kawalan kita. Ini adalah diluar kawalan kita, diluar lingkup kita sebagai seorang manusia. Gua selalu menyoal diri sendiri, perancangan hidup kita sangat terperinci, malah diikuti dengan pelan -pelan tindakan lain sebagai manipulasi seandainya pelan yang dirancang itu tidak menjadi. Kemudian gua fikir, kalau esok gua mati. Maka semua itu, hanya tatapan lu sahaja. Perg...ayat sikit punya power tu...!!!

Pedas tak gua kata nie ??? Sekali-sekala bulan puasa nie... recheck sikit lah empunya diri. Ini asyik recheck, recontruct, rebuild orang lain je. Diri sendiri tak lama lagi dah nak expired.

Kemudian gua fikir, kalau begitulah ringkas kehidupan kita ini. Perlu ada satu pelan tindakan bijak. Pelan yang datang dengan satu pesanan lengkap. Lengkap untuk kita semasa hidup, selamat untuk kita selepas hidup. Bro !!! Lu cuba lah bayang brader-brader nie kata awal 20-an nie masa untuk enjoy,suka-ria.Bila dah awal 40-an baru brader nie nak start berubah rancang pelan selepas hidup. Itu conform berlaku bila diorang menjadi tuan dalam kehidupan diorang. Tapi drama dunia ini tidak begitu, kita ini adalah watak-watak dunia, dan yang mengawal itu adalah diluar kuasa kita.

Jadi, kuasa diluar kawalan itu kita sandarkan kemana ? Sandarkan pada kenangan bak kata Jamal Abdillah. Atau ada benda lain... Lu jangan layan sangat pemikiran gua ini, sebab benda-benda nie nabi-nabi dah fikir sebelum nie. Serabut bro !!! serabut !!! benda nie nabi-nabi dah tolong fikirkan untuk kita. Contoh Nabi Ibrahim, sampai ke matahari, ke bulan dia sandarkan harapan. Tapi useless, no point bro.


Please bro... cuba letakkan diri kita dalam keadaan itu. Mungkin baru firasat akal logik kita menimbulkan perasaan syukur kerana gua dan lu lahir diwaktu semua persoalan ini telah diuraikan,lengkap dengan penjelasan para Rasul dan para ilmuwan.

Jadi bro !!! selain dari kita ke meja itu untuk berbuka puasa !!! hehe...Kemana lagi kita ini ??? Hidup ini sangat pendek, sangat pendek dari perancangan kita yang berjela-jela itu. Takut dan berharap itu adalah sangat baik jika kita sandarkan kepada Sang Penguasa . Takut untuk ke neraka dan berharap untuk ke syurgaNya. Sememangnya ini adalah sifat yang patut pada kita, seorang hamba yang hina,daif, serta langsung tidak mempunyai kuasa.

"So... bila pakcik tu dah panggil kita kesana... nak buat macam mana ? " soalnya.

"Aduh... kena lah ikut... sebab kita tiada kuasa menghalang pakcik itu jemput bukak puasa..hehe"

Wednesday, August 11, 2010

Sunday, August 8, 2010

Silaturrahim

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam ukhwah... moga semuanya dalam redha Ilahi... sentiasa tenang dan sihat...InsyaAllah. Beberapa hari lagi Ramadhan, bulan puasa akan kunjung tiba. Masa yang semua kita nanti-nantikan, Semua golongan ana-enta, aku-kau, gua-lu, saya-awak, dan i and u pasti menanti-nantikan bulan baraqah ini. Ya... disana ada harapan... harapan kepada perubahan ke arah kebaikan, dari yang mahu berhenti merokok sampailah mencari keredhaan Ilahi semuanya menyimpan seribu satu harapan.

Alhamdulillah... harapan itu saja sudah mendatangkan pahala buat diri kita masing-masing. Apatah lagi kita melaksanakannya menjadi suatu yang realiti...sudah pasti memberi impak kepada tuan empunya diri. Ramadhan ini penuh dengan keberkatan, makan sikit pun dah kenyang apatah lagi yang makan banyak. Buat amal sikit pahala banyak apatah lagi beramal berganda-ganda. Justeru sangatlah bertuah bagi mereka yang menyedari akan hakikat dan kelebihan Bulan Puasa ini, sebaliknya sangat malang bagi mereka yang tidak merebut peluang ini dan satu kecelakaan bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat bulan puasa... apa dia ??? Puasa bro !!! No Excuse bila keadaan diri anda membenarkan.

Semuanya diatas adalah untuk diri saya, si tukang penulis ini sendiri, tiada niat untuk mengajar ,sekadar sebagai peringatan bagi kita yang sering lupa.. dari sekecil-kecil lupa... hingga lupa diri kita sebagai hamba kepada sang agung Allah s.w.t.

Akhirnya... Bro !!! Lu walau merokok... walau rokok masih kat mulut lu... lu kena simpan perasaan benci kepada rokok... lu mesti kata "saya tak nak merokok". That is the point, U have setup a simple aim for yourself, that is, u want to change. Begitu juga amal kebaikan, mesti berniat baik, kita kena mulakan dengan niat, bulan puasa ini kita mahu menjaga solat 5 waktu contohnya. lagi solat diawal waktu contohnya, lagi istiqamah mengaji al-Quran. Alhamdulillah penuh dengan niat. Benar...bulan puasa penuh dengan harapan kita sebagai hamba mengharap perubahan yang baik dalam diri kita. Cuma tinggal satu lagi... iaitu cara. The way we can make all that aimbitions to become true.


Mari sama-sama kita berdoa kepada Allah, moga Allah menunjukkan jalan terbaik buat diri kita masing-masing, setaraf dengan keupayaan kita agar jalan-jalan perubahan itu kita sedari, kita lihat seterusnya kita bertindak ke arah satu lagi pembaharuan dalam diri kita. Orait bro !!! Masa pun dah 'time'. Have to go now... wassalam.

Friday, August 6, 2010

Bermata-mata


Coba kau tinggalkan aku sendiri
Untuk belajar menahan kerinduan
Dan untuk menimbang sampai seberapa
Kadar cinta kasihku kepadamu
Sampai seberapa kesetiaanku,padamu

Coba kau biarkan aku berfikir
Apa yang mestiku katakan padamu
Setiap orang selalu saja bicara
Tentang masa depan dan masa silam
Aku akan jujur saja ku katakan, aku cinta padamu

Ku lihat kaki-kaki burung berdansa
Ku dengar putik-putik kembang berdendang
Itukah petanda aku jatuh cinta
Itukah petanda hatiku kembali tergugah

Coba kau renungkan sekali lagi
Di sisi manakah ku harus berdiri
Sebab ini semua tergantung padamu
Sedang di sini telah ku buka tanganku
Sekarang tinggal bagaimanakah kau bersikap, padaku

Kekerasanmu mulai aku sukai
Sikap-sikapmu pun telah ku mengerti
Pandangan hidupmu aku pun setuju
Walau kita ada di jalan berbeda
Tetapi jelas bahwa tujuan kita sama, padaNya

Benarkah di satu sudutmu Jakarta
Cintaku mulai tumbuh subur
Atau semua ini hanyalah sejenak
Seperti yang selalu aku dapati
Seperti yang selalu aku temui, berakhir.

" Perg... Ebiet tu...!!!" pujinya.
"Ohh... biasa....der... gua walau jiwa rock dalam hati ada taman tau !!!!... haha".

Sunday, August 1, 2010

Prime Minister

"okay...seterusnya... ko sepul ???"

"iya cikgu... "

" apa cita-cita mu ?"

" Perdana Menteri....."

"apa dia !!!! ????"

" Perdana Menteri !!!! "

"tinggi jugak... cikgu pun nda terfikir"

selepas itu... itulah yang terakhir cikgu tanya pasal cita-cita kami...
 

Web Page Traffic Counter
Directory Listing