Ya Allah...Terima lah penyaksian kami sebagai hamba ini,
Sujud merendah diri dihadapanMu,
Mengaku akan kesalahan dan dosa kami,
Mengharap sedikit pembelaan dengan amal kami,
Wahai Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.
Ya Allah...
Terimalah penyaksian kami sebagai hamba ini,
Sujud merendah diri dihadapanMu,
Mencari keredhaanMu dalam batas ilmu kami,
Sungguh tidak mengharap untuk membalas nikmat pemberianMu,
Sekadar bukti ketaatan hamba kepada Sang Penciptanya.
ameen ya Rabb.
"Please man, jagalah sikit pemakan tu ustaz. Exercise lah sikit ustaz. Ini tak, sedikit senaman, pastu sedikit-sedikit nak makan. Eh...ingat boleh diet bulan puasa nie, eh.. tapi makin menjadi lah pulak.
Ustaz...please okay. Sebolehnya kita mahu melihat kader dakwah yang sihat dari segi rohani dan fizikal. Untuk apa ? Sebab perjuangan ini...rantai-rantai dakwah ini, adalah medan waktu yang panjang...jadi kita perlukan nafas-nafas pejuang yang sihat dan tahan lama.
Gua tahulah semuanya ditangan Tuhan. Tapi janganlah cari penyakit. Please okay ustaz, ustazah pun tidak terlupa sekali. Mari kita mengamalkan cara dan gaya hidup sihat.
Boleh tak gua kata macam nie bro ???" Soalnya.
"Boleh...takda masalah...sila-sila tambah !!!"
"Tambah apa ??? Biar jelas arahan tu.. sekarang gua ada 2 keadaan tambah nie. Tambah mana satu ???" Bingkasnya.
"sila-sila...."
"cis...hampeh....."

No comments:
Post a Comment