Saturday, January 31, 2009
Islamic Borneo Camp ( IBC' 09 )

Alhamdulillah, setelah sekian lama mencari idea dan ilham. Maka saya teruskan dengan laporan program mahasiswa yang telah saya ikuti iaitu Islamic Borneo Camp
( IBC’09 ) yang telah dijalankan pada 26-29 Januari di Kem Herba, Sg. Congkak.
Artikel ini merupakan laporan ringkas mengenai program tersebut mengikut kaca mata saya sendiri yang telah menyertai program ini secara langsung. Secara keseluruhannya program ini telah mencapai objektif yang telah digariskan untuk menyatukan seramai mungkin mahasiswa yang cintakan kepada cahaya Islam terus bersinar dibumi Sabah dan Sarawak. Sejuta penghargaan harus diberikan kepada semua ahli jawatankuasa dan syabas kepada semua rakan- rakan peserta yang sanggup datang daripada jauh untuk menjayakan program ini.
Yang bermula pasti akan tamat, bertemu pasti akan berpisah namun kenangan ini pasti akan terus berada dalam diri kita masing-masing walau dimanapun saya dan anda berada... Ingin sekali saya mengulas lebih lanjut tentang program ini namun tidak akan dapat menyamai situasi dan perasaan orang yang melaluinya. Mungkin beberapa gambar yang saya selitkan ini dapat mengimbas detik-detik masam manis bersama.
Kepada para sahabat ahli jawatankuasa, ini merupakan pertemuan perkenalan bagi kita semua. Saya meminta maaf atas keterlanjuran kata, kekurangan komitmen untuk memberikan yang sebaiknya.
Yang pastinya kita semua merancang, dan perancangan kita adalah atas kawalan Allah Yang Maha Esa, semuanya mempunyai hikmah tersendiri. Cukuplah bagi kita untuk melihat secara positif dan optimis dengan segala yang telah berlaku.
Akhir kata, salam ukhwah,salam sayang dan salam perjuangan dari saya yang masih mencari dan mengenali erti diri ini. Sekian, terima kasih.
Perjuangan Semanis Madu Memerlukan Pengorbanan Sepahit Hempedu
Antara Bulat dan Kosong
Kosong
Kosong bukan satu,dua,tiga ataupun 4...
Tapi kosong adalah kosong...
Kosong bukan seratus, seribu, mahupun 1 000 000...
Namun kosong tetap kosong berbentuk bulat...
Tanpa kosong...
Tiadalah sepuluh...
Hilanglah kedudukan satu...
Tidak akan wujud seratus,seribu, sejuta malah sistem nombor itu sendiri..
Namun yang pastinya kosong mesti bersifat kosong...
Mesti bangga dengan kedudukannya...
Memahami peranannya...
Mesti mengerti dimana kedudukannya..
Tahu fungsinya...
Walaupun ia kosong...Dulu, Kini dan Selamanya...
Bismillahirramanirrahim...
Saya mulakan terbitan yang pertama ini dengan sebuah sajak. Sajak yang banyak mengajar tentang erti diri. Saya cuba menjadikan diri ini keluar dari sistem yang azali.. sistem yang manusia telah lama kenali.Sistem keperimanusian yang kini semakin hilang dan luput dalam diri manusia itu sendiri
Melihat diri dari perspektif yang lain.. iaitu nombor kosong. Saya dan anda mesti sedari apapun diri kita, asal-usul kita, jawatan kita, kita mempunyai peranan masing-masing. Sejauh mana kita sedari... itu yang menjadi tanda tanya dan persoalan yang perlu untuk saya dan anda rungkaikan.
Wassalam.
Friday, January 30, 2009
Istana Menanti
Langkah ini
Terasa terhenti-henti
Depan kelabu
Pedih memilu
Masa bukan lagi temanku
Masih jua
Aku mengharap cahaya
Biarpun terus
Meredah belukar
Pecahan kaca
Menusuk tubuh berdarah
Sakitnya tiada terkira
Istana menanti
Bertakhta hati
Berseri...
Istana menanti
Tempat kita
Pasti...
Getar jari-jemari
Bertaut pada harapan ini
Aku membilang hari
Apa akan datang hari
Ku nanti
Istana menanti
Pasti...
Search : Istana Menanti
Assalamualaikum w.b.t
Saya mulakan entry ini dengan berkongsi sebuah lagu yang banyak memberi ilham dan inspirasi dalam hidup saya sendiri. Setiap daripada kita mempunyai kehidupan tersendiri, semuanya pasti akan diuji dengan cabaran dan masalah, satu demi satu ia datang... dan satu demi satu kita tempuhi... semakin lama kita semakin matang...kita belajar daripada pengalaman.
Yang pastinya semua ini adalah ujian daripada Allah s.w.t yang hendak melihat sejauh mana pengharapan kita kepadaNya... sejauh mana keyakinan kita terhadap pertolonganNya. Yakinlah apapun personaliti kita, setinggi manapun jawatan kita, apapun status kita... hakikatnya kita adalah hamba Allah s.w.t. Wassalam.

