Thursday, September 26, 2013

Persahabatan Vs Perempuan

Hamka dalam bukunya Falsafah Hidup menulis " Orang perempuan tidaklah tahu benar bagaimana besar harga persahabatan di antara dua laki-laki. Dia tidak faham harga persahabatan diantara dua laki-laki berlainan dengan harga percintaan diantara seorang laki-laki dengan seorang perempuan.


Dia tidak kenal bahawa harga persahabatan itu lebih mahal dari harga percintaan. Sebab itu sahabat suaminya kerapkali dipandangnya musuhnya, dia benci dan takut. Takut akan dicurinya sebahagian dari cinta suaminya kepadanya"

Hehe... Gua bagi intro je... Nampak macam topik panas... tapi telah dibahas lebar dalam makalah tersebut. Orang yang berilmu pasti akan memandang dan menimbang dengan takal ilmu, bukan perasaaan dirinya. Silakan baca jika ada yang memilikinya.



Sebenarnya gua nak sembang pasal matematik =)

Dalam hidup ini, kita mesti ada tujuan. Samada sedar ataupun tidak.

Andaikan saja tujuan kita hidup bernombor 9 ( sembilan ).

Maka sembilan ada tujuan hidup kita. Bermula kita lahir, kita mula dari kosong (0) dan sampailah sekarang.

Setiap insan, telah ditetapkan rumus-rumus kehidupannya.


Antaranya mungkin :



1+1+1+1+1+1+1+1+1 = 9

Mungkin seperti diatas, ada sembilan langkah dan perubahan naik satu persatu sehinggalah angka 9.


Mungkin juga seperti ini :


1+6+2 = 9



Langkahnya senang, pantas dan singkat.

Ada juga :


9-5+1+1+1+2 = 9

Bermula dengan angka besar kemudian jatuh dan naik semula.


Terbukti nombor mempunyai nilai tersendiri.



Hidup adalah nombor.


Jangan pernah menyalahkan bilangan nombor yang kita dapat sikit ataupun banyak.
Kemudian menjadikan sebagai alasan kepada sesuatu tindakan.

Apabila jatuh, kita kena bangkit semula.
Dengan tindakan yang baru, bukan tindakan berdasarkan pengalaman gelap itu.

Kehidupan adalah Sunnatullah.
Tetapi tindakan adalah hak diri sendiri.


Ibarat 9 itu adalah ketetapan Allah, tetapi setiap angka nombor itu adalah pilihan diri kita sendiri.

Berubahlah...

Kerana kita masih  ada nombor 1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9 = )



Wednesday, September 25, 2013

Rapuh




Tidak ada jawapan kepada persoalan itu 
Hanya bisa bersama mencari penyelesaian.

Tidak ada kekayaan itu
Hanya seberkat usaha dijunjung budi.

 Tidak pasti dihadapan sudah ada kebahagiaan
Hanya berteman waktu susah senang.

Jadilah bidadari dunia
Sebelum menjadi bidadari syurga.


 Sesuatu itu ada sejarahnya.
 Ditulis.

Sunday, September 22, 2013

Segulung Ijazah Selautan ILmu


Rasa baru kemarin gua berbaris untuk disebut nama bagi naik ke pentas. Menerima segulung ijazah.

Hari ini kami akan bergerak, esok majlis konvo akan bermula.
Kapal terbang bertolak daripada Sandakan ke Kuala Lumpur pada petang hari.

Semua telah siap, ole-ole dari Sandakan buat orang-orang terdekat di Semenanjung.
6 tahun berada di sana, cukup untuk gua mengenal nafas-nafas ibu kota, dambaan manusia.

Sampai di dewan Konvokesyen, rasanya gua orang terakhir sekali yang mengambil jubah.
Ingatkan urusetia dah siap-siap gosokkan...hehe... masuklah gua ke dewan dengan jubah yang agak
'cool'.

"Muhammad Saipul Somme".... gua melangkah dengan sorakan rakan-rakan. Terima kasih semua.

Bukan itu yang gua nak sampaikan sekarang.



Ijazah hanya sebuah lesen, begitu juga Master ataupun Phd. Memilikinya bererti kita akan mempunyai kunci untuk memasuki sistem ciptaan manusia.


Tapi ini bukanlah mutlak untuk menentukan jatuh bangun, bahagia dan sengsara seorang manusia.

Kenapa ?

Sebab ayah dan ibu kita, masih bahagia walau tanpa segulung ijazah, masih boleh membesarkan kita, masih mempunyai masa bersama dengan kita.


Mujur bahagia tidak boleh dibeli dengan wang. Mujur masa tidak boleh dibeli dengan wang.



Allah itu Maha Adil.

Berjalanlah dengan penuh rasa kehambaan, bersyukur dengan apa yang ada, membantu selagi termampu.

Beberapa hari lagi, gua akan memasuki alam yang baru.

Ijazah tidak menjadi pra-syarat kepada perubahan itu. Tetapi yang penting ialah kesediaan kepada sebuah tanggungjawab dan amanah.

Bersedia untuk berkongsi dan melangkah bersama.

Semoga semuanya baik-baik saja.

Terima kasih ya Rabb, Engkaulah tempat kami memohon kesyukuran. Tiadalah daya kami melainkan dengan ketetapan dan perancangan Mu.

Pendek kata, segulung ijazah datang setelah kita menjadi manusia. Bersifat lah seperti manusia, lebih tepat lagi, bersifatlah sebagai hamba.

Dengan itu, ilmu akan menyuluh kita sepanjang perjalanan di alam fana ini.




Sekian dulu, wassalam.

Sunday, September 8, 2013

BAHASA TERINDAH




Yang diucap dalam bahasa terindah,
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan khusuk setiap ayatnya,
Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak tegas bergema,
Disampai arah berkias maksud serentak,
Tapi jelas intinya,
Tidak sedetikpun Allah menghindar,
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
Penuh baraqah,
Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka,
Bebas hidupnya.

A. SAMAD SAID

Tuesday, September 3, 2013

Nanti


Nanti 
mungkin kau akan berkata...

"saya tidak bisa mengungkap kata"
 

Web Page Traffic Counter
Directory Listing