Thursday, September 26, 2013

Persahabatan Vs Perempuan

Hamka dalam bukunya Falsafah Hidup menulis " Orang perempuan tidaklah tahu benar bagaimana besar harga persahabatan di antara dua laki-laki. Dia tidak faham harga persahabatan diantara dua laki-laki berlainan dengan harga percintaan diantara seorang laki-laki dengan seorang perempuan.


Dia tidak kenal bahawa harga persahabatan itu lebih mahal dari harga percintaan. Sebab itu sahabat suaminya kerapkali dipandangnya musuhnya, dia benci dan takut. Takut akan dicurinya sebahagian dari cinta suaminya kepadanya"

Hehe... Gua bagi intro je... Nampak macam topik panas... tapi telah dibahas lebar dalam makalah tersebut. Orang yang berilmu pasti akan memandang dan menimbang dengan takal ilmu, bukan perasaaan dirinya. Silakan baca jika ada yang memilikinya.



Sebenarnya gua nak sembang pasal matematik =)

Dalam hidup ini, kita mesti ada tujuan. Samada sedar ataupun tidak.

Andaikan saja tujuan kita hidup bernombor 9 ( sembilan ).

Maka sembilan ada tujuan hidup kita. Bermula kita lahir, kita mula dari kosong (0) dan sampailah sekarang.

Setiap insan, telah ditetapkan rumus-rumus kehidupannya.


Antaranya mungkin :



1+1+1+1+1+1+1+1+1 = 9

Mungkin seperti diatas, ada sembilan langkah dan perubahan naik satu persatu sehinggalah angka 9.


Mungkin juga seperti ini :


1+6+2 = 9



Langkahnya senang, pantas dan singkat.

Ada juga :


9-5+1+1+1+2 = 9

Bermula dengan angka besar kemudian jatuh dan naik semula.


Terbukti nombor mempunyai nilai tersendiri.



Hidup adalah nombor.


Jangan pernah menyalahkan bilangan nombor yang kita dapat sikit ataupun banyak.
Kemudian menjadikan sebagai alasan kepada sesuatu tindakan.

Apabila jatuh, kita kena bangkit semula.
Dengan tindakan yang baru, bukan tindakan berdasarkan pengalaman gelap itu.

Kehidupan adalah Sunnatullah.
Tetapi tindakan adalah hak diri sendiri.


Ibarat 9 itu adalah ketetapan Allah, tetapi setiap angka nombor itu adalah pilihan diri kita sendiri.

Berubahlah...

Kerana kita masih  ada nombor 1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9 = )



No comments:

Post a Comment

 

Web Page Traffic Counter
Directory Listing