Gua teringat...Ada 2 perkara, pertama adalah dalam kawalan, kedua adalah diluar kawalan.
Pemalar dan pemboleh ubah ...
Mungkin kita pernah mengembara, dirasakan telah siap seadanya, dirasakan telah kuat seadanya, telah cukup segala persiapannya. Lantas kaki itupun melangkah, langkah demi langkah. Telah terbayang apa yang bakal dilihat dihadapan, antara bayang-bayang dan angan-angan. Detik itu adalah dalam kawalan.
Kemudian... kita sedari atau tidak ianya hilang satu persatu, tertinggal, hilang, menghilang, terlalai, dilalaikan, semua adalah bukan kehendak, tapi ia berlaku. Detik itu adalah diluar kawalan.
"Hidup ini bukanlah berkisar kepada berapa banyak kali dugaan, tetapi sejauh mana kamu sanggup menahan dugaan !!! ". Noktah Hidup 1.
"Latihan silat ini bukan untuk melatih kamu menjadi kuat... tetapi supaya kamu tahan pukulan... supaya kamu tidak letih... mempunyai tenaga dimula dan akhir gelanggang ". Noktah Hidup 2.
Hamba, bagaimana mahu mengaku beriman sedangkan belum diuji ? Harus diuji, kemudian iman akan datang. Iman hamba ada pasang surutnya, maka ujian akan datang silih berganti, untuk menyegarkan Iman.
Teman, kita sedang diuji dalam pentas masing-masing. Berbeza watak dan cerita. Yang pasti hanya satu, sejauh mana pengharapan kita kepada yang Maha Esa. Sejauh mana pengharapan kepadaNya. Kita hidup dalam 2 ruang lingkup itu, dalam dan luar kawalan, seharusnya membuatkan kita lebih sedar mengenai kekurangan.
Kekurangan yang bernama Hamba.

No comments:
Post a Comment