
Bismillahirrahanirrahim...
KL Mari !!! Mungkin satu luahan hati yang telah lama tersimpan. Hari itu, saya pergi ke KL setelah lama berada di bumi Bangi ini. Sekadar untuk mencari angin yang baru dan mengeratkan silaturrahim dengan adik-adik UTMKL.
Berada di KL selama sehari, saya mendapat 2 berita yang menggembirakan. Pertama Hafizi akan menyambungkan pelajaran ke UNITEN, dan Syukri pula akan berhijrah ke UTHM selepas ini. Hafizi akan mendaftar pada 22 haribulan November ini. Bersedialah anda berdua !!! hehe... Berita yang kedua saya telah pun berada di bumi Sabah, menghirup udara pantai kampung seakan ion-ion negatif metropolitan, kerenah-kerenah kota, beban-beban dunia semuanya saya hembus keluar.
Fikiran kosong dan tenang, memang inilah yang saya cari. Meskipun hanya mungkin sekali dalam setahun, namun ia memang sangat berbaloi kepada anak perantau seperti saya.
KL Mari !!! Sekarang telah saya ubah ke Kampung Mari !!! Pastinya cuti ini saya tidak akan sia-siakan begitu sahaja.

SMK SANDAKAN akan menjadi tuan rumah untuk Program MUSLIM'09. Sekolah lama, cikgu lama, yang lama dan terus berbakti kepada anak bangsa. Ini membuatkan saya begitu tertarik untuk bersama-sama dengan rakan-rakan kader dakwah untuk menjayakan program kali ini.
Banyak sungguh perancangan bila cuti ini, tapi yang pastinya saya mesti menyiapkan sedikit kajian dan projek bagi Thesis semester hadapan. Tidak lupa juga semester hadapan akan ada program Islamic Borneo Camp 2010 yang dianjurkan oleh MARSIS. Pastinya ini semua menuntut pelbagai tindakan dan perancangan yang rapi.
Banyak program... 'Standardlah' saya katakan. Aktiviti seperti ini membuatkan hidup saya lebih terarah dan bermatlamat. 'Busy' itu lebih baik daripada tiada kerja yang hendak dilakukan asal saja aktiviti yang kita lakukan itu penuh dengan manfaat.
Anda bagaimana pula ?

Melancong ? Ini adalah pelancongan bagiku, secara tidak langsung aku pergi ke tempat baru, mengenali orang-orang baru, kadang-kadang sampai tidak teringat apabila terserempak di jalan.
Aku selalu berdoa.. " Ya Allah sibukkan aku dalam gerak kerja agamaMU" maka aku bersyukur kerana telah dipilih olehNya.
Namun yang pastinya, hidup ini merupakan satu ujian. Kita semua dalam ujian, gagal dan lulus adalah berdasarkan kepada usaha kita masing-masing.
Satu kata-kata yang telah lama berada dalam kamus hidup saya iaitu:
"Individu yang berjaya bersaing menentang diri mereka sendiri...
Mereka mengatasi rekod mereka sendiri dan sentiasa terus memperbaikinya."

Satu lagi kerja yang perlu saya lakukan pada cuti semester ini... menulis novel...
saya memang suka menulis... tapi ini adalah pertama kali saya menulis dengan serius. Doakan semuanya berjalan lancar... saya tahu untuk menulis sebuah novel pendek pun bukan satu kerja yang senang ia memerlukan disiplin penulisan yang tinggi.
Bagi yang 'beginner' seperti saya, mungkin sebagai pendedahan awal ataupun 'exersice' untuk penulisan yang lebih hebat di masa akan datang... InsyaAllah..siapa tahukan ...
Photograpi... tidak akan saya lepaskan. Bumi Sabah ini, banyak tempat yang menarik...bukan saja orangnya =)... adat masyarakat malah alam flora dan fauna pasti memikat sesiapa sahaja yang berada di Bumi Borneo ini.
Selamat Bercuti Semuanya !!!! Ingat kita ada tugas yang tidak akan cuti buat selamanya iaitu DAKWAH ... Sekian, terima kasih.

No comments:
Post a Comment