Anda budak Pengakap. Saya adalah budak Pengakap atau Scout Boys. Buku ini adalah hadiah daripada seorang teman lama. Dia memberikan kerana kagum melihat keaktifan saya dalam Pengakap. Kem sana dan kem sini. Saya adalah Pengakap Laut, istimewanya kerana kami memakai baju Pengakap berwarna putih. Seluar biru gelap dan baju berwarna putih. Kalau anda budak Pengakap anda tahulah ilmu ikat-mengikat, masak rimba, bina runtuh khemah.
Selalunya budak Pengakap ni, jenis yang kecoh, heboh, dan tak boleh duduk diam. Setiap perkhemahan, kemuncaknya adalah aktiviti Unggun Api, satu api yang besar dihidupkan kemudian setiap kumpulan akan mempersembahkan persembahan masing-masing. Kemudian diselitkan dengan nyanyian lagu-lagu rimba.
Kami selalu kacau budak St. John, PBSM, dan budak ayu Puteri Islam. Kenapa ? Tiada jawapan.
Apapun bersama Pengakap merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan, mengajar kita untuk berdikari dan memupuk sifat setiakawan. Paling penting anda dilatih berfikiran kreatif, dan berbahasa dengan alam.

Buku ini seumur dengan saya. Merupakan cetakan pertama pada tahun 1987. Terjumpa sewaktu membongkar fail dan dokumen-dokumen lama. Memang hobi saya, suka membaca tulisan saya yang sudah lama, tulisan dan latihan zaman sekolah rendah dan menengah. Semua ini sebenarnya, sebagai saksi kehidupan pembelajaran kita. Dan yang manisnya ia terpahat, boleh dilihat, dan dinilai semula.
Justeru itu... untuk anda ! Jangan rajin sangat buang kertas assignment, kertas ujian, apapun tulisan yang pernah anda hasilkan. Saya pasti ia akan memberikan anda sebuah kepuasan satu hari nanti...

No comments:
Post a Comment