Thursday, January 22, 2015

Minggu ke-35


Hamka pernah berkata : "Seorang pemuda itu walau sejauh mana perjalanannya pasti satu masa akan kembali juga ke tempat asalnya".

Sepatutnya aku perlu menyiapkan slide pembentangan yang akan aku bincangkan kepada petugas esok hari. Menyesal pulak memainkan musika Canon dengan alunan violin dan piano ini.

Fikiran ku terbawa-terbawa...terawang-terawang... lantas mengingatkan aku ke medan tulisan yang agak lama aku tinggalkan. Memang tanpa musik aku boleh mati... dunia juga akan sepi...cinta juga akan hilang...

Tak percaya... !!! Try tengok...  seni itu indah... yang indah pasti dekat dengan Chenta.

Sekarang aku lebih fokuskan kepada pembangunan keluarga yang telah aku bina. Bersama chenta ku...yang kini tengah sarat mengandungkan my little Junior  untuk minggu ke-36.
Alhamdulillah... bersyukur kepada Allah..atas segala nikmat dan kurniaanNya. Aku telah diberikan peranan sebagai seorang suami dan tidak lama lagi sebagai 'papa'.

Disamping tanggungjawab sebagai seorang anak, abang dan kakak, serta sahabat,masih tetap diteruskan. Terlalu banyak harapan yang perlu dipenuhi. Setiap satu memerlukan kebijaksanaan dalam mengatur dan tindakan pada sebuah kehidupan agar kita tidak hilang kesemuanya.

Doakan agar bila saatnya tiba nanti.. Isteri dan anakku dalam keadaan selamat. Chuak..gabra...gembira.. semua datang dalam satu pakej.. buat kami pasangan baru.. semua adalah pengalaman yang pertama.

Kadang-kadang aku terfikir.. betul ke riak muka yang aku tunjukkan nie...hehe...

Selain dari kerja hakiki yang perlu aku buat.. kerjaya bagi menyara keluarga.. aku juga sibuk dengan aktiviti bakal-bakal ibu = ) pergi klinik ibu..buat medical checkup...bersifat penyabar..penyayang dan caring.....pastikan motivasi dan fizikal isteri sentiasa sihat = )

Okay... dia dah start tanya dah... " abang buat apa tue ?"

Gua cin chao dulu... = )

Will update for 36 weeks story


 Ekolabatta

No comments:

Post a Comment

 

Web Page Traffic Counter
Directory Listing