Hadith Ibn Umar Radhiyallahu anhuma, “seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu” (Al-Tirmidhi 2507, Ibn Majah 4032)Bro...gua sangat mengagumi dia yang tidak berlatarkan bidang agama tetapi kental dalam ber dakwah... dia sentiasa mencari peluang untuk berbakti meski bukan berada di barisan hadapan. Hausnya kepada portfolio amanah Tuhan ini seperti hausnya seorang hamba mencari nilai kehidupan. Dia ke sana ke mari, setiap masanya penuh bererti, dia menjadi rantai-rantai dalam susur perjalanan dakwah itu.
Bro...sungguh gua mengagumi dia yang tidak pernah mengenal jemu, memang terkadang jiwanya hilang, sendiri dia menyepi agar tidak menjadi beban kepada yang lain. Dia pergi, sendiri dan mengadu kepada Ilahi. Tuhan yang memberi dan menyelesaikan segala masalah yang dihidapi. Kemudian dia segar kembali, kerna dia mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi, janji Tuhan melebihi janji yang pernah didengarinya.
Bro...sungguh gua mengagumi dia yang diberikan kefahaman agama yang sungguh murni. Hanya insan biasa, tetapi berhati luar biasa, dia sentiasa memberikan harapan kepada yang lain, kerana dia tahu pentingnya memberikan sumber harapan itu dalam perjuangan yang beronak duri. Tindakannya sangat bijaksana, menjadikan dia penghubung dan jambatan kepada mereka yang mencari agama. Bukannya dinding yang menjadikan orang lain terasa jauh mendekati agama.
Bro... dia mengatakan memang medan dakwah ini begini, manisnya datang setelah perit, ketenangan muncul di penghujung kisah. Malang bagi mereka yang masih tidak menyedari hakikat ini. Putarkan saja kisah Nabi Muhammad yang disanjungi, pastinya kita berasa malu dengan diri.
Bro... sungguh gua mengagumi dia yang tidak henti-henti mengharap pertolongan Ilahi. Apapun dia lakukan, menyebabkan dia terikat kepada bantuan Ilahi. Di waktu susah, ibarat hamba memohon belas Tuhan nya. Diwaktu senang memuji-muji kebesaran Tuhan nya. Hatinya sentiasa berhubung dengan Sang Penguasa, menyebabkan dia berjiwa besar, tidak mengharap, tidak berduka, tidak mengomel, semua ini kerna dia ada Allah s.w.t.
Bro...jauh dihati sudut gua...mahu jadi sepertinya...biarlah hanya mengikut tapak langkah kakinya...biarlah hanya dibelakang waktu bersamanya... biarlah di satu masa nanti gua bersaksi di hadapan Ilahi pernah mengikuti perjuangan bersamanya.... itu saja.Dia itu adalah kamu.

terbaik bro!
ReplyDelete